Cortese yang bermula dari barisan hadapan bersama Zulfahmi, menamatkan perlumbaan 18 pusingan itu dalam masa 40 minit 54.123 saat. Beliau menewaskan Zulfahmi dengan hanya 0.028s.
Pelumba Jerman Jonas Folger daripada Mapre Aspar Team Moto3 meraih tempat ketiga dengan 40'54.370s.
"Saya masih tidak percaya saya juara dunia. Saya tidak menjangka kejayaan ini dicapai di sini. Pada dua pusingan terakhir, saya memberi tekanan sedikit kepada Fahmi (Zulfahmi) dan tindakan itu berhasil," kata Cortese.
Dengan kemenangan itu, Cortese mengumpul 280 mata iaitu 73 mata mengatasi pencabar terdekat Luis Salom daripada RW Racing GP yang mengumpul 207 mata, dengan baki dua perlumbaan dan kutipan 50 mata maksimum.
-- BERNAMA
Comments
Post a Comment