SEREMBAN, 30 Okt (Bernama) -- Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu
menangani isu pemain yang masih mempunyai kontrak dengan pasukan lamanya
tetapi dalam masa sama menandatangani kontrak baharu dengan pasukan
lain.
Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perkara ini tidak beretika dan jika tidak ditangani akan berlaku 'aktiviti kurang sihat' dan orang sudah tidak menghormati lagi tentang kontrak.
"Kita panggil diri kita liga profesional tapi sebenarnya tidak. Oleh itu, saya minta FAM siasat perkara ini kerana badan itu lebih arif dan terpulang kepada FAM untuk melihat perkara ini supaya ia tidak menjadi penyakit.
"Kalau perlu diperbaiki, diperbaiki...kalau rasa dah ok, terpulanglah. Saya tak cadangkan apa-apa dan saya tak komen apa-apa, tapi bagi saya perkara ini adalah sesuatu yang tidak betul," katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.
"(Misalnya) kalau pun nak sangat pemain Negeri Sembilan, tulislah surat kepada PBNS minta kebenaran untuk berbincang...kami akan beri, tak ada masalah, lagi pun terpulang kepada pemain itu sama ada hendak sambung kontrak atau tidak.

-- BERNAMA
Comments
Post a Comment