Beliau berkata jawatankuasa yang akan dianggotai wakil Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) itu antara lain akan mengambil kira pandangan semua pihak sebelum mengemukakan cadangan kepada kementerian.
"Apabila tiada imbuhan tetap, dikatakan kita tidak memberi layanan sama rata kepada atlet paralimpik. Ini tidak benar.
"Sebenarnya, kita telah banyak beri sokongan kepada sukan paralimpik bahkan lebih baik daripada kebanyakan negara jiran," kata Ahmad Shabery selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengurus MSN di sini Isnin.
Beliau berkata MPM perlu meneruskan usaha mempopularkan sukan paralimpik dalam kalangan masyarakat selain memastikan atlet berkenaan meraih lebih banyak kejayaan di peringkat antarabangsa.
-- BERNAMA
Comments
Post a Comment