SHAH ALAM, 30 Okt (Bernama) -- Finalis Piala Malaysia, Kelantan dan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuktikan mereka berada dalam kelas
tersendiri apabila masing-masing meraih empat gelaran pada majlis
Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Astro Arena-Persatuan Bolasepak
Malaysia (FAM) Selasa.
Pada majlis yang berlangsung di sebuah hotel di sini, penyerang skuad The Red Warriors, Norshahrul Idlan Talaha meraih dua anugerah apabila dipilih sebagai penyerang terbaik dan pemain paling bernilai musim ini.
Kejayaan tersebut adalah pencapaian hattrik buat anak jati dari Besut, Terengganu itu yang pernah merangkul dua anugerah sama pada 2010 dan 2011.
Norshahrul berkata anugerah tersebut amat bermakna kepada beliau dan isteri, Siti Aisyah Adam yang bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.
"Saya bersyukur kerana menerima trofi ini buat kali ketiga berturut-turut dan terima kasih kepada isteri dan keluarga yang banyak memberi sokongan kepada saya selama ini serta juri yang memilih saya," katanya.

-- BERNAMA
Comments
Post a Comment