Skip to main content

Mana surat saya?

KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) sehingga semalam masih belum menghantar surat penggantungan rasmi kepada bekas Timbalan Presiden badan induk itu, Datuk Karim Ibrahim.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Karim yang telah dikenakan penggantungan selama enam tahun oleh KOM berkuat kuasa 11 Oktober lalu.

Karim berkata, beliau tidak boleh mengambil sebarang tindakan lanjut sekiranya masih belum menerima surat penggantungan rasmi daripada badan induk sukan olahraga negara itu.
“Sehingga hari ini (semalam) saya hanya tahu saya digantung oleh KOM menerusi laporan akhbar.
“Jika KOM pandai untuk mengambil tindakan kepada saya, mereka juga sepatutnya pandai untuk menulis surat rasmi bagi memaklumkan mengenai perkara itu kepada saya. Saya tidak tahu apa masalah mereka sebenarnya.

“Disebabkan saya masih belum menerima surat rasmi lagi, saya tidak boleh mengambil sebarang tindakan.
“Peguam saya ada memberitahu saya bahawa saya perlu menunggu surat rasmi dahulu,” kata Karim ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut Karim, sebaik menerima surat rasmi daripada KOM, beliau akan mengadakan satu sidang akhbar khas bagi mengulas berhubung tindakan yang dikenakan terhadap dirinya itu.

“Apabila saya sudah mendapat surat itu nanti, saya pasti akan mengadakan sidang akhbar dan mendedahkan lebih banyak lagi salah laku serta penyelewengan yang berlaku dalam KOM,” tegas Karim.

KOM telah membuat keputusan untuk menggantung Karim selama enam tahun selepas mendapati beliau bersalah berdasarkan laporan yang diterima badan induk itu daripada jawatankuasa siasatan yang menjalankan siasatan pada Jun dan Julai lalu.

Jawatankuasa tersebut diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri V. C. George.
Mereka menjalankan siasatan terhadap petisyen setebal 23 muka surat yang bertajuk ‘Laporan Jurulatih dan Atlet Olahraga Kebangsaan’ kepada bekas Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim pada 13 Februari lalu.

Sementara itu, pemangku Pengurus Besar KOM, Anthony Samy Silvarajoo yang diminta mengulas mengenai masalah tersebut mengakui bahawa masih belum menghantar surat rasmi kepada Karim walaupun ia sudah disiapkan.



Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...