Skip to main content

Mew Choo calon menantu kegemaran

Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo memilih tarikh 9 November ini untuk mengikat tali perkahwinan. 
 
KUALA LUMPUR - Apabila Datuk Lee Chong Wei memberitahu keluarganya bahawa beliau mahu menamatkan zaman bujang bersama Wong Mew Choo, ibubapanya adalah orang paling gembira kerana bekas ratu badminton negara itu sememangnya calon menantu kegemaran.

Biarpun hubungan Chong Wei dan Mew Choo selama 11 tahun sering diuji, malah beberapa kali pernah terputus, namun keluarga bintang badminton No. 1 dunia itu tidak pernah berputus harap bahawa suatu hari nanti kedua-dua mereka akan tetap bersatu.

Perkara tersebut didedahkan oleh abang sulungnya, Lee Chong Hoon - orang yang diberi kepercayaan penuh oleh Chong Wei untuk menguruskan perniagaan dan urusan perkahwinannya.
"Saya tidak fikir Chong Wei menerima kehadiran wanita lain dalam hidupnya selama 11 tahun ini walaupun dia pernah dikaitkan dengan beberapa wanita.

"Keluarga kami, terutama emak saya sangat rapat dengan Mew Choo dan kami amat gembira kerana pada akhirnya dia menjadi pilihan Chong Wei untuk dijadikan isteri. Saya boleh katakan, ia adalah keputusan yang menggembirakan seluruh keluarga kami,'' kata Chong Hoon pada sidang akhbar ketika mengumumkan perkahwinan pasangan badminton itu di Puchong, semalam.

Perkahwinan Chong Wei, 30, dan Mew Choo, 29, yang mula berkenalan sejak memasuki akademi badminton kebangsaan akan berlangsung selama dua hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 dan 10 November ini.

Resepsi pada 9 November diadakan untuk tetamu kehormat.
Antara yang berada dalam senarai jemputan pemenang pingat perak Sukan Olimpik itu adalah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menteri-menteri kabinet serta tetamu korporat.

Majlis pada keesokan harinya pula diadakan untuk keluarga dan kenalan rapat.
Jaguh badminton Indonesia yang dikenali sebagai rakan baik Chong Wei, Taufik Hidayat antara yang sudah memberi persetujuan untuk menghadirinya.

Seramai 1,000 tetamu dijemput pada resepsi 9 November manakala 1,500 jemputan pada 10 November.

Chong Hoon mengakui, perbelanjaan untuk mengadakan dua majlis tersebut agak tinggi, namun adiknya cukup beruntung kerana sebahagian besar daripada kos perkahwinannya ditaja oleh beberapa pihak.

Enggan mendedahkan siapa yang bermurah hati untuk menaja perkahwinan tersebut, Chong Hoon berkata: "Sebaiknya semua butiran mengenai majlis ini diumumkan oleh Chong Wei sendiri, termasuk senarai penuh tetamu yang hendak dijemput dan bila beliau serta Mew Choo akan mendaftarkan perkahwinan mereka.

"Tiga lagi sidang akhbar akan diadakan menjelang hari perkahwinan. Sidang akhbar kedua pada Jumaat ini, diikuti Selasa depan dan yang terakhir, Khamis depan.

''Namun tidak dinafikan, kos untuk majlis perkahwinan ini memang tinggi, bayangkan untuk mencetak 2,500 kad jemputan sahaja kami membelanjakan RM15,000."

Chong Wei tidak dapat hadir pada sidang akhbar pertama semalam kerana masih berada di Odense, yang mana beliau berjaya merangkul kejuaraan Terbuka Denmark pada ulang tahun kelahirannya yang ke-30 kelmarin.

Mew Choo juga tidak hadir kerana mengikut tradisi Cina, pasangan yang bakal berkahwin harus menghadiri sesuatu majlis rasmi berdua.
Seandainya salah seorang daripada mereka tiada, maka yang seorang lagi pula tidak dibenarkan menghadiri majlis berkenaan.

Pada sidang akhbar semalam, Chong Hoon turut mendedahkan, tarikh 9 dan 10 November dipilih selepas mendapatkan pandangan pakar fengshui.
"Sifu yang mencadangkan tarikh itu, lagi pun tarikh tersebut juga sesuai dengan jadual Chong Wei yang sangat padat.

"Sebagai orang yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan majlis perkahwinannya, saya akui tugas ini sangat mencabar. Adik saya seorang yang sangat sibuk, bayangkan semua urusan terpaksa disesuaikan dengan jadualnya yang padat.

"Ketika kami melakukan penggambaran praperkahwinan, ia perlu diselesaikan dalam masa sehari. Pagi dia pergi latihan dulu, kemudian baru ke sesi penggambaran. Selepas sesi itu habis, dia balik semula ke tempat latihan. Chong Wei kata dia perlu berlatih sebab dia mahu beraksi pada Terbuka Denmark,'' ujar Chong Hoon.



- Utusan Melayu (M) Bhd

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...