KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Majlis Sukan Negara (MSN) sedia
bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam melaksanakan
program pembangunan atlet kebangsaan yang masih menuntut di institusi
pengajian tinggi (IPT).
Ketua Pengarah MSN Datuk Seri Zolkples Embong berkata penganjuran Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) anjuran KPT adalah penting bagi membantu melahirkan atlet berkaliber untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
Zolkples berkata MSN melihat peranan KPT adalah penting dalam pembangunan sukan kerana sebahagian besar atlet elit negara merupakan pelajar IPT.
Seramai 15,000 peserta terdiri daripada atlet, pegawai dan sukarelawan dari 101 IPT awam dan swasta serta kolej komuniti terlibat dalam penganjuran SUKIPT bermula hari ini hingga 11 Nov.

-- BERNAMA
Comments
Post a Comment