Skip to main content

Skuad hoki intai final

SKUAD hoki kebangsaan negara meneruskan kehebatannya apabila melepasi sasaran awal yang diletakkan kepada mereka di Kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara, di Quilmes, Argentina.
Barisan Paul Revington mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas menundukkan Afrika Selatan yang menduduki ranking lebih tinggi, 4-1 dengan kini sasaran memburu tempat ke final.

Berdasarkan mutu permainan dipamerkan, hasrat untuk mara ke final bukan sesuatu yang mustahil apabila skuad negara layak atas tiket juara Kumpulan A yang membabitkan saingan Poland, Korea Selatan dan Kanada.
Mereka kini akan berdepan sama ada Jepun atau Korea Selatan dan pencapaian layak ke separuh akhir ini belum pernah dilakukan sepanjang lima kali menyertai kejohanan ini. “Kami bangga dengan persembahan dan disiplin taktikal pemain,” kata pengurus pasukan, George Koshy.

“Gol pertama membantu mengendurkan ketegangan pemain di samping menekan fokus lawan.” Malaysia memula langkah awal membuka jaringan menerusi gerakan cantik Izwan Firdaus seawal minit ketiga menerusi jaringan padang. Skuad negara bagaimanapun mensia-sia peluang untuk mendahului lawan apabila dianugerahkan tiga pukulan sudut penalti.

Kedudukan 1-0 itu terikat sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, taring penguasaan pemain negara diteruskan apabila Faizal Saari bijak menyempurnakan peluang pukulan penalti m-38 untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Tengku Ahmad Tajuddin mengambil giliran sebagai penjaring gol ketiga negara m-56 dan seminit selepas itu sekali lagi pergerakan cantik barisan penyerang negara membuahkan hasil apabila Faizal sekali lagi menyempurnakan peluang terhidang untuk gol keempat m-57.
Afrika Selatan akhirnya mendapat gol sagu hati m-63 yang disempurnakan kapten pasukan, Austin Smith.

Kemenangan itu mengekalkan rekod tanpa kalah skuad negara dengan menewaskan Poland 4-0, Korea Selatan 4-2 dan Kanada juga 4-2.


HARIAN METRO

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...