"Dalam masa dua atau tiga hari lagi, kami akan menghantar surat kepada Pesuruhjaya Sukan bagi menetapkan tarikh AGM," kata Presiden PABM Zafarul Akhbar Kassim kepada pemberita selepas mesyuarat exco PABM di sini Rabu.
Menurutnya, dua tarikh yang dicadangkan pada mesyuarat hari ini ialah sebelum atau selepas tempoh yang diarah Pesuruhjaya Sukan.
Mohd Yassin sebelum ini dilaporkan meminta badan induk itu mengadakan AGM sebelum akhir bulan ini. PABM sepatutnya mengadakan AGM Mac lepas.
-- BERNAMA
Comments
Post a Comment