Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia Datuk Mohd Noor Mohd Darus berkata perkara itu diputuskan selepas mesyuarat jawatankuasa tersebut di sini Selasa.
"Kita memilih Stadium Perak sebagai gelanggang perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja 2012 kerana sudah 22 tahun Perak tidak layak ke perlawanan akhir," katanya kepada pemberita.
Mohd Noor berkata harga tiket bagi perlawanan yang dijadual bermula pukul 8.45 malam itu akan ditentukan Persatuan Bola Sepak Melayu Perak.
"Saya harap penyokong Kedah dan Perak akan hadir beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada pasukan masing-masing," tambahnya.
-- BERNAMA
Comments
Post a Comment