Berdasarkan senarai ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA), skuad bimbingan Datuk K Rajagobal itu naik lima anak tangga, daripada kedudukan ke-163 dunia bulan lepas ke posisi 158.
Sebelum ini, skuad negara berada di tangga ke-148 dunia pada Januari, 150 (Februari), 152 (Mac), 156 (April), 153 (Mei), 154 (Jun), 157 (Julai dan Ogos), 156 (September) dan 162 pada Oktober.
Berikutan ranking terkini itu, skuad Harimau Malaya setanding dengan pasukan seperti Kepulauan Solomon (150), Aruba (151), Kepulauan Faroe (153) dan Bermuda (157).
Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia jatuh satu anak tangga ke kedudukan keenam di belakang Vietnam (131), Thailand (136), Filipina (147), Singapura (154) dan Indonesia (156).
-- BERNAMA
Comments
Post a Comment