Skip to main content

Singapura Kalahkan Thailand 3-1 Pada Aksi Final Pertama

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Juara tiga kali, Singapura mencerahkan peluang mereka untuk muncul juara Piala AFF Suzuki buat kali keempat selepas mencatatkan kemenangan selesa 3-1 ke atas Thailand pada perlawanan akhir pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura, Rabu malam.

Skuad 'The Lions' yang muncul juara pada 1998, 2004 dan 2007 jelas menguasai sebahagian besar permainan pada separuh masa pertama dengan mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol.

Hasilnya, mereka berada di hadapan seawal minit ke-10 menerusi jaringan penalti yang disempurnakan oleh pemain naturalisasi mereka, Mustafic Fahrudin.

Pengadil perlawanan, Toma Masaaki dari Jepun memberikan sepakan penalti kepada Singapura selepas penyerang mereka, Aleksandar Duric dijatuhkan oleh pemain lawan dalam kotak penalti.

Bersambung separuh masa kedua, skuad 'Changsuk' (Gajah Perang) yang dibimbing oleh jurulatih dari Jerman, Winfried Schafer mengubah strategi permainan dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu Singapura namun gagal menembusi kekebalan benteng pertahanan skuad 'The Lions' yang diterajui pemain tinggi lampai seperti Baihakki Khaizan dan Daniel Mark Bennett.

Serangan bertali arus Thailand akhirnya membuahkan hasil apabila pemain tengah Adul Lahsoh menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-59 selepas beliau menyambar hantaran sebelah kanan daripada penyerang Teerasil Dangda.

Dua minit kemudian, penyerang Singapura, Mohamad Khairul Amri Mohd Kamal kembali memberikan pendahuluan kepada pasukan 'The Lions' selepas beliau memanfaatkan hantaran daripada Duric.

Pemain tengah Thailand, Jakkapan Pornsai hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-63 namun sepakan percuma beliau berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Singapura, Mohamad Izwan Mahbud.

Pemain pertahanan skuad 'The Lions', Baihakki Khaizan memastikan mereka membawa bekalan selesa untuk aksi timbal balik pada Sabtu ini di Stadium Supachalasai, Bangkok menerusi gol ketiga pada minit-minit terakhir permainan selepas beliau memanfaatkan kekalutan yang berlaku di hadapan gol pasukan pelawat.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...