Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Olympian ke-20 di sini.
Tuanku Abdul Halim turut berkenan menyampaikan Anugerah Olympian 2012 kategori wanita kepada ratu terjun Pandelela Rinong Pamg dan jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei bagi kategori lelaki.
Kedua-dua atlet itu dipilih oleh Lembaga Eksekutif Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebagai penerima anugerah tahun ini berikutan kejayaan menyumbang pingat buat negara pada temasya Olimpik London Julai lepas.
Masing-masing menerima pingat dan wang tunai RM10,000.
Anak kelahiran Sarawak, Pandelela, 19, muncul atlet wanita dan atlet terjun pertama negara meraih pingat gangsa pada temasya itu menerusi acara 10m platform.
Chong Wei, 30, dari Pulau Pinang, pula merangkul perak menerusi acara perseorangan lelaki.
Anugerah Olympian adalah acara tahunan yang dianjurkan MOM sejak 1993 untuk mengiktiraf pencapaian atlet lelaki dan wanita negara. - Bernama
With havin so much content and articles do you ever run into
ReplyDeleteany issues of plagorism or copyright infringement?
My site has a lot of exclusive content I've either authored myself or outsourced but it seems a lot of it is popping it up all over the web without my permission. Do you know any methods to help protect against content from being ripped off? I'd certainly appreciate it.
Feel free to surf my web-site : whole foods african mango