Skip to main content

Atlet Negara Tiada Alasan Jadikan Perkahwinan Penghalang Untuk Berjaya - Shabery

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menggesa atlet negara supaya tidak menjadikan faktor perkahwinan sebagai penghalang untuk mencipta kejayaan.

Sebaliknya, beliau berkata seseorang atlet itu perlu menjadikan perkahwinan sebagai pendorong untuk berada pada prestasi terbaik dalam bidang sukan masing-masing.

Beliau berkata jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat adalah dua contoh atlet negara yang menunjukkan prestasi membanggakan biarpun telah berumahtangga.

"(Misalnya) Status berkahwin bukan satu alasan yang menyatakan Chong Wei boleh hilang kemampuan dalam pertandingan. Melihat prestasinya pada kejohanan Terbuka Malaysia dan Terbuka Korea, Chong Wei ada kelebihan tersendiri.

"Sekarang tiada alasan buat para atlet yang meletakkan perkahwinan sebagai penghalang malah (perkahwinan) menjadi penyumbang semangat kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan 100Plus, di sini pada Isnin.

Chong Wei memahat sejarah dengan merangkul kejuaraan kesembilan dalam Siri Super Terbuka Malaysia yang berakhir semalam, selepas menumpaskan pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro 21-7, 21-8 pada perlawanan akhir.

Pada awal bulan ini, pemain nombor satu dunia itu memenangi kejohanan badminton Terbuka Korea selepas mengalahkan pemain China, Du Pengyu 21-12, 21-15 pada perlawanan akhir di Seoul.

Sementara itu, menerusi penajaan untuk tiga tahun lagi sehingga 2015, 100Plus sebagai minuman isotonik nombor satu di Malaysia dengan kandungan penghidratan yang telah dibuktikan, akan terus dicadangkan menjadi minuman pilihan MSN (Majlis Sukan Negara).

Selain tajaan tunai, 100Plus juga menyediakan produk bagi pelbagai aktiviti dan program MSN melibatkan atlet negara.

100Plus juga terus menyokong program pembangunan sukan remaja seperti liga bola sepak Kementerian Pelajaran, Piala Super 100Plus Bawah-18, Sirkit Badminton Remaja Kebangsaan 100Plus dan Terbuka Golf Remaja Malaysia 100Plus.

100Plus juga merupakan penyokong kuat atlet Malaysia dan ketika ini menjadikan dua pemenang pingat Olimpik, Chong Wei dan Pandelela Rinong serta tiga pemain bola sepak negara, Safee Sali, Khairul Fahmi dan Safiq Rahim sebagai Duta 100Plus.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...