Skip to main content

Chong Wei tak sabar jumpa Lin Dan


CHONG WEI mengakui yang dia sudah tidak sabar untuk membuat perhitungan dengan Lin Dan pada Seluruh England, Mac depan.


JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei sudah tidak sabar untuk membuat perhitungan dengan seteru utamanya, Lin Dan dari China.

Chong Wei berpeluang untuk menentang Lin Dan apabila kedua-dua pemain itu beraksi pada Kejohanan Badminton Siri Super Premier Seluruh England di Birmingham, Mac depan.
Pemain No. 1 dunia itu berkata, kehadiran Lin Dan pada kejohanan tersebut akan membakar lagi semangatnya untuk menewaskan jaguh China itu yang sebelum ini sering menjadi batu penghalang terhadap impiannya merangkul kejuaraan utama dunia.

“Kehadiran Lin Dan pada Seluruh England merupakan satu berita yang bagus. Dia akan menjadi cabaran untuk saya.

“Saya akan menjadi lebih bersemangat setiap kali Lin Dan turut serta dalam mana-mana kejohanan. Ia secara tidak langsung telah membuatkan saya meletakkan sasaran yang lebih tinggi.
“Begitupun, saya perlu melakukan persiapan yang secukupnya sebelum menentang Lin Dan. Bukan mudah untuk menewaskan Lin Dan kerana seorang pemain itu perlu memiliki kekuatan dari aspek mental,” kata Chong Wei.

Sebagai rekod, kali terakhir Chong Wei menentang Lin Dan adalah pada final Sukan Olimpik 2012 di London.

Pada pertemuan tersebut, Chong Wei gagal menjelmakan kilauan pingat emas pertama kontinjen Malaysia apabila tewas 21-15, 10-21, 19-21 kepada Lin Dan.

Berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pemain, Lin Dan ternyata lebih unggul apabila melakar 21 kemenangan daripada 30 pertemuan sebelum ini.

Chong Wei bakal hadir ke bumi Birmingham dengan misi memburu kejuaraan ketiga pada Seluruh England selepas melakukannya pada 2010 dan 2011.

Pemain berusia 31 tahun itu dilihat berada pada tahap prestasi terbaiknya selepas berjaya merangkul gelaran juara buat kali kesembilan pada Siri Super Terbuka Malaysia 2013 kelmarin.
Ia merupakan kejuaraan kedua berturut-turut buat dirinya tahun ini selepas membuka tirai kalendar 2013 dengan kejayaan bergelar juara Terbuka Korea pada 13 Januari lalu.

Sementara itu, ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek berkata, peluang untuk Chong Wei merangkul gelaran ketiga pada Seluruh England tahun ini cerah biarpun perlu berdepan dengan Lin Dan.

“Lin Dan sudah lama tidak beraksi dalam kejohanan. Seluruh England nanti dijangka akan menjadi kejohanan pertama buat Lin Dan tahun ini.

“Situasi itu pasti akan memberikan sedikit kesukaran buat Lin Dan untuk berada pada tahap prestasi sebenarnya. Jadi, ini akan memberi kelebihan kepada Chong Wei untuk menang jika perlu berdepan Lin Dan,” kata Rashid.

Tambah beliau, Chong Wei tidak akan menyertai mana-mana kejohanan sebelum Seluruh England, sebaliknya akan fokus sepenuhnya terhadap persiapannya bagi menghadapi kejohanan badminton tertua dunia itu.

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...