KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Malaysia akan membuka tirai
Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-22 dengan menentang bekas
juara Korea Selatan di Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak, pada 9
Mac ini.
Malaysia, yang dibimbing oleh jurulatih kelahiran Afrika Selatan, Paul Revington, mempunyai peluang menebus kekecewaan separuh akhir Kejohanan Cabaran Juara-Juara 1 di Argentina, bulan lepas, apabila tumpas 6-3 pada lawannya itu.
Selepas itu, Malaysia akan berdepan dengan juara bertahan New Zealand pada hari berikutnya, menurut laman web kejohanan, www.azlanshahcup.com. hari ini.
Sebanyak enam pasukan akan bertanding pada kejohanan kali ini dengan juara lima kali, Australia, kembali semula selepas tidak beraksi tahun lepas.
Pasukan lain ialah Pakistan dan India.
Jadual Pertandingan:
9 Mac - New Zealand mln Pakistan (4.05 petang), Australia mln India (6.05 petang), MALAYSIA mln Korea Selatan (8.05 malam)
10 Mac - Australia mln Pakistan (4.05 petang), Korea Selatan mln India (6.05 petang), MALAYSIA mln New Zealand (8.05 malam)
11 Mac - REHAT
12 Mac -Korea Selatan mln New Zealand (4.05 petang), India mln Pakistan (6.05 petang), MALAYSIA mln Australia (8.05 malam)
13 Mac - REHAT
14 Mac - Australia mln Korea Selatan (4.05 petang), New Zealand mln India (6.05 petang), MALAYSIA mln Pakistan (8.05 malam)
15 Mac - REHAT
16 Mac - Korea Selatan mln Pakistan (4.05 petang), Australia mln New Zealand (6.05 petang), MALAYSIA mln India (8.05 malam)
17 Mac - Perlawanan Tempat ke-5/6 (3.35 petang); Tempat ke-3/4 (6.05 petang); Perlawanan Akhir (8.35 malam).

-- BERNAMA
Comments
Post a Comment