Skip to main content

Adiq buru misi peribadi

Genting Highlands: Pelumba Champions System Pro Cycling, Muhamad Adiq Husainie Othman (gambar) kini memburu misi peribadi dalam baki perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL).
Selepas lima peringkat bekerja keras membantu pasukan dengan menjadi pelumba domestik, kemenangan peringkat perlumbaan dan memungut mata di zon pecutan kini menjadi keutamaannya.

“Peringkat kelima (semalam) saya memang mencari kelebihan kepada pasukan berbaki lima peringkat lagi. Sasaran untuk mencari kejuaraan pasukan keseluruhan tidak berapa baik dan kini berada di pertengahan (tempat ke-11).
“Jadi bermula esok (hari ini) kami mungkin mengubah sasaran dengan cuba melakukan pemecahan dan cuba memenangi mana-mana peringkat perlumbaan.

“Mungkin saya akan turut memburu mata di zon pecutan. Namun terpulang kepada perancangan pasukan,” katanya yang beraksi buat tahun kedua bersama CSC.

Harapan CSC untuk meraih kejuaraan berpasukan tampak tidak kesampaian selepas berakhirnya cabaran di Genting Highlands semalam apabila ketinggalan 24 minit 29 saat berbanding pendahulu, MTN Qhubeka yang mencatatkan 53 jam 18 minit 32 saat.
“Saya sepatutnya menjadi pelumba ketiga pasukan namun pelumba kedua gagal memainkan peranannya ketika perlumbaan berbaki lima kilometer, “ katanya.


Arena, MyMetro

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...