|
SATU demi satu pemain skuasy wanita negara ditunjuk jalan keluar seawal pusingan kelayakan pada Kejohanan Skuasy Terbuka Kuala Lumpur CIMB 2013 yang bermula di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil semalam.
Penyingkiran bermula dengan kekalahan Vanessa Raj yang gagal menyekat kemaraan pemain Scotland, Lisa Aitken untuk menempah slot ke undian utama selepas tewas 11-6, 11-4 11-3.
Selepas itu, giliran Celine Yeap pula ditunjuk jalan keluar oleh pemain New Zealand, Kylie Lindsay apabila tewas 11-5, 11-3, 11-7.
Siti Munirah Jusoh pula tewas kepada pemain Rusia, Siyoli Waters sementara Rachel Arnorld tunduk kepada pemain Republik Czech, Lucie Fialova.
Sandaran skuad wanita negara kini diletakkan di bahu pemain No. 1 dunia, Datuk Nicol David, Low Wee Wern dan Zuhijjah Azan yang meneruskan saingan pusingan pertama hari ini.
Comments
Post a Comment