Skip to main content

Raja berhak beri pandangan: Subahan

Kelana Jaya: “Sebagai jurulatih, beliau (Datuk K Rajagobal) berhak untuk beri pandangan. Saya rasa beliau tidak melanggar Artikel 88. Beliau kena lebih berterus-terang supaya jurulatih di peringkat negeri boleh sama-sama membantu memberikan yang terbaik.”

Itu kenyataan diberikan pengurus skuad kebangsaan Datuk Seri Subahan Kamal mengenai kedudukan Rajagobal yang kini dilihat dalam bahaya berikutan kenyataannya mengenai ketandusan penyerang tempatan kerana kehadiran pemain import dalam Liga Malaysia (Liga-M) baru-baru ini.

Menurut Subahan, beliau menyokong sepenuhnya kenyataan pengendali Harimau Malaya itu kerana ia menceritakan situasi sebenar yang berlaku dalam kancah bola sepak negara ketika ini.
“Sebagai Naib Presiden (FAM), saya rasa kenyataannya itu tidak ada kena mengena langsung (Artikel 88). Sebagai jurulatih beliau berhak memberikan pandangan. Kalau tak boleh komen macam mana beliau nak menguruskan pasukan kebangsaan. Memang benar kita perlu mencari penyerang berbakat ketika ini,” katanya.

Dalam laporan Arena Metro semalam, Rajagobal menyuarakan rasa kurang senang dengan masalah ketiadaan penyerang semula jadi dalam skuad kebangsaan dan menganggap kehadiran penyerang import lebih mendapat tempat dalam pasukan utama Liga-M.

Apa yang diluahkan Rajagobal itu susulan kepada kekalahan terbaru Harimau Malaya kepada Arab Saudi 4-1 dalam aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, Ahad lalu.
Kenyataan terbuka itu dilihat menyentuh polisi badan induk bola sepak tanah air dan Rajagobal boleh didakwa di bawah Artikel 88 Statut FAM seperti yang pernah dialami bekas jurulatih kebangsaan B Sathianathan sebelum ini.

Kerana kenyataan “M-League is not football” selepas pasukan kebangsaan dibelasah 5-0 oleh Emiriah Arab Bersatu pada aksi kelayakan Piala Asia pada 2009, Sathianathan dipecat FAM.
Bagaimanapun Subahan mahu semua pihak lebih fokus memberi sokongan kepada skuad kebangsaan menentang Yaman pada aksi kelayakan Piala Asia 2015, Jumaat ini daripada membincangkan isu itu.

“Jangan risau kalau kita tak 'deliver', kita akan beri laluan kepada orang lain. Kontrak Rajagobal sampai hujung tahun ini, sama ada disambung atau tidak, itu bukan kuasa saya, ia ditentukan Tuanku Presiden (Sultan Ahmad Shah) dan ahli Exco. Kita akan tengok keputusan dalam Piala Asia ini,” katanya.



Arena - Harian Metro

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...