Skip to main content

Mukhriz Dilantik Presiden Baharu KFA

ALOR SETAR, 24 Julai (Bernama) -- Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dilantik secara rasmi sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah(KFA) bagi menggantikan bekas presiden Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Perkara tersebut diumumkan oleh Setiausaha Kehormat KFA Syed Khairol Anuar Syed Abidin selepas Mesyuarat Luar Biasa (EGM) di Wisma Darul Aman di sini Rabu yang turut dihadiri 28 perwakilan.

Beliau berkata Azizan, yang juga bekas Menteri Besar, melepaskan jawatan tersebut pada awal Jun lepas disebabkan masalah kesihatan dan perwakilan KFA sebulat suara melantik Mukhriz sebagai presiden baharu bagi penggal 2013/ 2014.

Perlembagaan KFA sebelum ini menetapkan presiden persatuan itu adalah Menteri Besar dan perlembagaan baharu yang diubah pada 2010 menyaksikan jawatan tersebut dan eksekutif KFA bukan lagi automatik sebaliknya dipertandingkan.

Sementara itu, Mukhriz berkata beliau menggalas satu amanah berat sebagai presiden KFA kerana sukan bola sepak ini merupakan sukan yang diberi perhatian yang serius oleh rakyat di negeri ini.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih serta penghargaan kepada bekas Presiden KFA atas jasa dan sumbangan beliau kepada KFA sebelum ini," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini.

Katanya beliau bertekad berusaha untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak negeri ini pada masa akan datang dan ianya sesuai dengan aku janji Barisan Nasional (BN) Kedah pada pilihan raya umum yang lepas.

Katanya beliau akan mengkaji semula program pembangunan bola sepak negeri ini dengan menjalin kerjasama dengan kelab-kelab terkemuka antarabangsa bagi memberi pendedahan kepada pemain Kedah.

"Pendedahan dari segi kemahiran, cara pengurusan dan latihan merupakan penggerak utama kepada peningkatan mutu bola sepak negeri ini pada masa akan datang," katanya.

Dalam pada itu, jurulatih sementara pasukan Kedah, Datuk Ahmad Shafie berkata ini merupakan cabaran baharu bersama Mukhriz untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Kedah selepas tersingkir dalam Liga Perdana.

Katanya beliau mahu pasukan Kedah mengulangi sejarah kejayaan sebelum ini dan diharap pemain sedia ada mampu menggalas cabaran ini untuk menjulang Piala Malaysia musim ini.

"Kita dah ada pemain berpengalaman. Ada pemain yang bermain diperingkat nasional dan banyak kali ke separuh akhir. Kita cuma nak perbetulkan corak permainan pemain untuk menuju kejayaan," katanya.

Ahmad Shafie merupakan jurulatih sementara pasukan Kedah bagi menggantikan bekas jurulatih Mario Tot yang meletakkan jawatan.



--BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...