Skip to main content

Pencapaian Satu Jenis Tidak Boleh Dijadikan Penanda Aras Kejayaan Negara - Khairy

PUTRAJAYA, 23 Julai (Bernama) -- Peminat sukan tanah air tidak seharusnya menjadikan pencapaian satu jenis sukan sebagai penanda aras bagi pembangunan industri sukan negara, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Sebaliknya, katanya, kejayaan sesebuah negara dalam bidang sukan perlu dilihat dari segi pencapaian dalam pelbagai jenis sukan termasuk sukan yang dikategorikan tidak popular.

"Sukan tidak popular dalam kalangan peminat sukan kita merupakan sukan yang mampu memberi kejayaan kepada negara di peringkat dunia dan soal kejayaan ia tidak seharusnya diukur melalui satu sukan sahaja.

"Kalau dilihat secara keseluruhan sukan seperti memanah dan terjun, kita sudah berada di peringkat antarabangsa dan terbaharu atlet paralimpik kita mampu meraih emas pada kejohanan dunia," katanya selepas menghadiri Forum Integriti Dalam Sukan di sini Selasa.

Khairy berkata pencapaian atlet elit olahraga paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli meraih emas dalam acara lontar peluru kategori F20 (masalah pembelajaran) lelaki dalam Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Lyon, Perancis pada Isnin, patut dilihat sebagai penanda aras kepada pembangunan industri sukan negara.

Kejayaan ratu terjun negara Pandelela Rinong Pamg dan Leong Mun Yee yang meraih pingat gangsa dalam acara platform 10m seirama wanita pada Kejohanan Dunia FINA ke-15 di Barcelona, Sepanyol, semalam, juga perlu dilihat dalam perspektif sama, kata Khairy.

Khairy berharap bagi sukan yang mampu melonjakkan nama Malaysia di persada sukan antarabangsa, prestasi atlet berkenaan perlu diberi liputan meluas supaya peminat mengetahui perkembangan dan pencapaian mereka.

"Nasib sukan kita tidak hanya bergantung kepada pasukan bola sepak kerana saya lihat pembangunan sukan di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) seperti program 'Road to London 2012' atau 'Road to Rio 2016', yang banyak disediakan dana, sudah menampakkan hasil," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah MSN Datuk Seri Zolkples Embong berkata kejayaan penerjun dan atlet elit olahraga paralimpik negara itu merupakan sesuatu yang patut dibanggakan kerana ia mengangkat nama Malaysia di mata dunia.

Beliau berharap atlet akan terus membuat persiapan rapi kerana masih banyak lagi kejohanan bertaraf antarabangsa seperti Sukan Asia dan Sukan Komanwel bakal menjelang.

Ditanya mengenai pemberian Skim Hadiah Kemenangan Sukan kepada Muhammad Ziyad, Zolkples berkata pemenang kejohanan dunia itu sememangnya tersenarai untuk menerima insentif berkenaan, namun acara yang disertai Muhammad Ziyad masih belum disenaraikan bagi mendapat imbuhan tersebut.

"Ini kali pertama atlet paralimpik kita meraih pingat emas di Kejohanan Dunia...saya sudah mencadangkan kepada menteri (Belia dan Sukan) bagi mendapatkan kelulusan beliau untuk memberi insentif kepada Muhammad Ziyad," jelasnya.



-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...