Skip to main content

Pengalaman Al-Amin, Aset Terbaik Sebagai Presiden Baharu BAM - Zolkples

PUTRAJAYA, 23 Julai (Bernama) -- Penglibatan Datuk Mohamed Al-Amin Abdul Majid dalam sukan badminton negara dan hubungan baik beliau dengan pemimpin sukan itu di peringkat antarabangsa merupakan aset terbaik, untuk dicalonkan sebagai presiden baharu Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong berkata timbalan presiden BAM itu bukan sahaja pentadbir cemerlang malah bekas pemain berpengalaman luas dalam sukan badminton.

"Pengalaman yang beliau miliki sangat berguna kepadanya untuk menggalas jawatan tertinggi badan induk itu dan melaksanakan tugas sekiranya beliau masih berminat dan terpilih.

"Saya tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan beliau (Al-Amin) sekiranya beliau terpilih mengetuai BAM kerana bagi saya, beliau memang calon yang baik," katanya ketika ditemui pemberita selepas forum Integriti Dalam Sukan di sini Selasa.

Sebelum ini, majoriti anggota gabungan BAM menyatakan sokongan kepada Al-Amin, malah akhbar semalam melaporkan beliau dijangka mendapat laluan mudah jika bersetuju dicalonkan sebagai presiden kerana mendapat sokongan 90 peratus anggota majlis untuk menerajui BAM.

Ditanya jika calon lain memegang jawatan presiden BAM selain Al-Amin, Zolkples berkata perkara itu tidak menjadi masalah asalkan pemimpin berkenaann dapat menjalankan tanggungjawab membangunkan badminton.

"Pemain harus diberi jaminan mendapatkan bantuan dan sokongan bagi membolehkan mereka mempertingkatkan prestasi kerana badminton merupakan sukan berprofil tinggi," katanya.

Jawatan presiden BAM kosong selepas penyandangnya, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh tidak mahu mempertahankan kedudukannya itu kerana memberi tumpuan sebagai presiden Persatuan Badminton Asia (BAC), sejak dilantik Mac lepas.

Al-Amin sebelum ini tetap dengan pendirian untuk tidak bertanding merebut jawatan presiden pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu yang dijadual berlangsung 27 Julai kerana merasakan dirinya hanya layak memegang jawatan kedua tertinggi BAM.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...