Skip to main content

Sabah Sedia Anjur Edisi Kedua Jelajah Borneo

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Edisi kedua kejohanan berbasikal antarabangsa Jelajah Borneo (ToB) dijangka lebih menarik berbanding penganjuran edisi sulung pada tahun lepas.

Menurut penganjur, kejohanan tahun ini dijadual dari 18 hingga 22 Ogos meliputi pantai barat Sabah.

"Selepas mesyuarat jawatankuasa pemandu negeri hari ini yang dipengerusikan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Masiung Banah bersama Setiausaha Tetap Datuk Susanna Liaw serta Timbalan Setiausaha Tetap Penyuki Mata, semuanya sudah bersedia untuk penganjuran Jelajah Borneo," kata Pengerusi Penganjur Jelajah itu Datuk Fredie Sua dalam satu kenyataan Selasa.

Kejohanan itu bakal menampilkan 10 pasukan Kesatuan Lumba Basikal Antarabangsa (UCI) Continental, empat pasukan kebangsaan dan enam kelab negeri.

Sebagai perlumbaan berstatus 2.2 yang diiktiraf UCI, ToB akan berlangsung di sekitar bandaraya Kota Kinabalu yang indah serta bakal membawa pelumba ke destinasi baharu seperti Kota Belud, Tuaran, Penampang, Tambunan, Putatan, Papar dan Beaufort.

Mereka juga bakal berdepan pendakian yang mencabar dalam Peringkat 4 bagi laluan dari Kota Kinabalu ke Kundasang.

Kejohanan itu disebarai dalam kalendar Jelajah Asia UCI dan penganjur berharap dapat mempromosi Sabah sebagai destinasi pelancongan sukan yang unggul di Malaysia selain mempromosi sukan berbasikal di negeri ini.

Laluan Kejohanan Jelajah Borneo 2013:

------------------------------------

Peringkat 1: Kota Kinabalu ke Tuaran (108.7 kilometer)

Peringkat 2: Tanjung Aru ke Papar (189.2 kilometer)

Peringkat 3: Penampang ke Kota Kinabalu (132.6 kilometer)

Peringkat 4: Kota Kinabalu ke Kundasang (147.1 kilometer)

Peringkat 5: Kundasang ke Kota Kinabalu (112.4 kilometer)

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...