Putrajaya: Kontinjen negara mempunyai
prospek meraih pingat emas acara terjun seirama menerusi gandingan
penerjun negara Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee pada temasya Sukan
Komanwel di Glasgow, Scotland, tahun depan.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, Malaysia mempunyai
prospek memenangi pingat emas acara itu kecuali acara renang seriama
yang tidak akan dipertandingkan pada temasya sukan itu.“Saya difahamkan acara terjun seirama kekal dipertandingkan pada Sukan Komanwel tahun depan,” katanya pada sidang media di pejabatnya semalam.
Sementara itu, Pandelela berkata, Scotland selaku tuan rumah pasti rugi sekiranya acara terjun seirama tidak dipertandingkan kerana mereka mempunyai pasukan yang mantap dalam acara itu.
“Pada Kejohanan Renang Dunia FINA ke-15 di Barcelona, Sepanyol, baru-baru ini, penerjun Scotland antara pencabar kuat kepada pasukan negara,” katanya pada majlis penyerahan insentif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Pandelela dan Mun Yee menerima RM5,000 daripada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, atas kejayaan memenangi pingat gangsa 10m platform seirama pada Kejohanan Renang Dunia itu. - BERNAMA
Comments
Post a Comment