Skip to main content

Selamat tinggal Red Giants


Kuala Lumpur: Pengendali Selangor Irfan Bakti Abu Salim akhirnya membuat keputusan meninggalkan Selangor selepas aksi longlai yang dipamerkan anak-anaknya buahnya dalam tiga perlawanan awal Piala Malaysia.

Lebih memedihkan adalah kekalahan 0-3 kepada naib juara Liga Perdana Sime Darby malam kelmarin sekali gus membuatkan jurulatih berpengalaman itu membuat keputusan drastik meninggalkan Merah Kuning walaupun masih mempunyai baki kontrak sehingga penghujung musim ini.

Terdahulu Selangor yang juga juara 32 kali Piala Malaysia memulakan kempen dengan mencatatkan seri tanpa jaringan dengan satu lagi pasukan dari Liga Perdana, Johor disusuli kekalahan 2-3 kepada ATM.
Namun kemuncaknya malam kelmarin apabila barisan bintang pemainnya yang dibarisi sebahagian besar pemain kebangsaan diaibkan Sime Darby dengan penyokong Merah Kuning bertindak mengerumuni bas pemain bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pemain dan jurulatih.

“Memang benar saya sudah menghantar surat peletakkan jawatan semalam. Tindakan saya ini adalah kerana rasa bertanggungjawab terhadap kekalahan malam semalam (kelmarin) 0-3 kepada Sime Darby. Bagi saya kemampuan untuk mengutip satu mata (selepas tiga perlawanan) adalah sesuatu yang mengecewakan.

“Bukan saya tidak boleh teruskan namun kekalahan itu (kepada Sime Darby) merencatkan peluang ke suku akhir. Selangor adalah pasukan yang besar dan saya gagal apabila tidak mampu membawa piala kepada mereka,” kata pengendali berusia 62 tahun itu yang masih mempunyai baki kontrak tiga bulan.
FotoIRFAN (dua dari kanan) tinggalkan Selangor selepas diaib Sime Darby.
Menurut Irfan Bakti, surat peletakan jawatannya diserahkan kepada Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Mokhtar Ahmad petang semalam dan badan induk berkenaan bersetuju untuk menerimanya.

“Beliau (Mokhtar) ada bertanyakan kepada saya sama mahu meneruskan niat meletak jawatan dan saya sudah tekad tidak mahu mengubah keputusan yang dibuat,” katanya.
Irfan Bakti yang membawa Selangor muncul naib juara Liga Super musim ini sekali gus layak beraksi di Piala AFC tahun depan turut menafikan tindakan kira-kira 500 penyokong Merah Kuning yang mengepung bas pemain selepas tamat perlawanan mendorongnya membuat keputusan drastik berkenaan.

“Bagi saya tindakan yang dilakukan penyokong itu adalah perkara biasa. Ia (peletakan jawatan) bukan disebabkan perkara itu,” katanya.



Oleh Azlan Muhammad Zain, Arena - Harian Metro

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...