Skip to main content

Malaysia Terus Cemerlang Selepas Tambah Koleksi Dua Pingat Emas


PALEMBANG, 25 Sept (Bernama) -- Kontinjen negara terus cemerlang pada hari ketiga Temasya Sukan Perpaduan Islam Ketiga apabila berjaya menambah dua pingat emas dan empat pingat gangsa di sini Rabu.

Malaysia terus mengekalkan kedudukan di tangga kelima carta kutipan pingat selepas mengumpul lima pingat emas, tiga pingat perak dan tujuh pingat gangsa.

Negara tuan rumah, Indonesia berjaya merampas kedudukan teratas daripada Mesir selepas mengumpul 10 pingat emas, lima perak dan 12 pingat gangsa.

Mesir menghuni tempat kedua dalam carta kutipan pingat dengan mengumpul sembilan pingat emas, 10 pingat perak dan sembilan pingat gangsa.

Turki terus mengekalkan kedudukan di tangga ketiga selepas meraih lapan pingat emas, tujuh perak dan 14 pingat gangsa.

Acara renang terus menjadi penyumbang besar kutipan pingat apabila dua pingat emas dan dua pingat gangsa negara hari ini dikutip dalam acara kolam renang menerusi Daniel Bego dalam acara 200 meter gaya bebas lelaki dan Khoo Chai Lin menerusi acara 400 meter rampaian individu wanita.

Dua pingat gangsa negara disumbangkan oleh Yap See Tuan daripada acara 50 meter kuak dada lelaki dan Kevin Yap Soon choy menerusi acara 200 meter gaya bebas lelaki.

Dua lagi pingat gangsa Malaysia dikutip daripada acara olahraga yang membuka tirai hari ini.

Karate gagal meneruskan rentak kemenangan apabila gagal meraih sebarang pingat menerusi acara kumite berpasukan lelaki dan kumite berpasukan wanita yang berakhir hari ini.

Pada Khamis, harapan pingat Malaysia tertumpu pada acara badminton, olahraga dan juga renang.

Daripada Ahmad Muliady Abdul Majid -- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...