uala Lumpur: “Saya akan fikir dulu, tapi
selagi Tan Aik Mong ada, mungkin saya tidak akan kembali,” kata
jurulatih kebangsaan, Rashid Sidek mengenai kemungkinan menarik balik
peletakan jawatannya dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Beliau yang hadir ke Stadium Juara, Bukit Kiara semalam berkata, sekurang-kurangnya ada perubahan berlaku selepas tindakannya meletak jawatan Khamis lalu.
“Saya datang berjumpa kawan-kawan jurulatih, mereka nampaknya sangat gembira kerana kembali memainkan peranan sebagai jurulatih. Perihal saya, tidak mengapa, saya boleh teruskan. Yang penting, jurulatih nampaknya sudah jelas dengan objektif disasarkan.
“Saya meletak jawatan sebelum ini pun atas alasan tidak selesa
dengan cara kerja yang diperkenalkan, bukannya mahu cari pasal. Malah
saya tidak menyerang peribadi presiden (Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku
Ariff). Untuk kembali, biarlah saya fikir dengan baik, niat saya selama
ini pun ikhlas membantu skuad negara menaikkan semula martabat
badminton.” Meskipun Rashid mendakwa beliau sekadar bertemu rakan
jurulatih, Tengku Mahaleel mengesahkan ada bertemu dan berbincang dengan
jurulatih itu semalam.
Arena - Harian Metro
Beliau yang hadir ke Stadium Juara, Bukit Kiara semalam berkata, sekurang-kurangnya ada perubahan berlaku selepas tindakannya meletak jawatan Khamis lalu.
“Saya datang berjumpa kawan-kawan jurulatih, mereka nampaknya sangat gembira kerana kembali memainkan peranan sebagai jurulatih. Perihal saya, tidak mengapa, saya boleh teruskan. Yang penting, jurulatih nampaknya sudah jelas dengan objektif disasarkan.
Arena - Harian Metro
Comments
Post a Comment