Skip to main content

Fatehah cemerlang, rangkul perak di Mexico


Kuala Lumpur: Pelumba trek Yayasan Sime Darby, Fatehah Mustapa mempamerkan persembahan mengagumkan untuk meraih pingat perak dalam acara keirin di siri ketiga Piala Dunia UCI yang berlangsung di Guadalajara, Mexico semalam.

Ia membolehkan atlet kelahiran Terengganu berusia 24 tahun itu melakar sejarah tersendiri menjadi pelumba wanita pertama negara meraih pingat pada kejohanan berkenaan dan ia juga adalah pingat pertamanya sejak mula beraksi pada 2007 di Piala Dunia UCI.

Saingan membabitkan enam pelumba itu berlangsung sengit dengan pelumba sensasi Hong Kong, Lee Wai Sze berjaya meraih emas dengan Fatehah hanya ketinggalan 0.017 saat disusuli Sandie Clair dari Perancis.

“Sudah banyak kali saya melangkah ke final keirin, namun gagal meraih pingat, namun kali ini saya sangat gembira kerana berjaya melakukannya. Ia satu pencapaian yang membanggakan dengan sasaran selepas ini adalah Kejohanan Trek Dunia di Columbia bulan depan.

“Saya tidak mengira kilauan pingat di Kejohanan Trek Dunia nanti dengan fokus kini adalah menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh dalam tempoh masa yang ada,” katanya yang turut memberikan pujian kepada Sime Darby, Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) serta ketua jurulatih negara, John Beasley yang meningkatkan prestasinya.

Kejayaan ini sedikit sebanyak mengubat kekecewaan rakan sepasukannya, Azizulhasni Awang yang dibatalkan penyertaannya dalam final keirin kelmarin.



Oleh Azlan Muhammad Zain, Arena - Harian Metro

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...