Skip to main content

Annuar Musa Harap Anggota Gabungan FAM Berani Tawar Diri Rebut Jawatan Presiden

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa berharap terdapat keberanian daripada mana-mana anggota gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menawarkan diri merebut jawatan presiden pada kongres tahunan FAM 25 Mei ini.

Beliau berkata jawatan presiden FAM boleh dicabar mana-mana anggota gabungan berdasarkan statut sedia ada, namun ia tidak berlaku kerana mendakwa segelintir mereka bimbang mendapat kritikan sekiranya gagal melaksanakan tugas yang diamanahkan.

"Saya fikir untuk kali ini, saya harap akan ada keberanian daripada mana-mana anggota gabungan. Tidak memadai dengan sekadar mengeluh sahaja, kalau ada yang berkemampuan mereka harus dicalonkan.

"Bola sepak Malaysia perlukan satu lonjakan yang besar. Masa sudah sampai, bercakap pun sudah lama dan macam-macam sudah kita lalui namun kalau sampai masa pemilihan, kita kembali kepada cara lama, maka tidak akan ada perubahan," katanya.

Annuar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin baru-baru ini, yang dilaporkan sebagai berkata bahawa mereka bersikap terbuka dalam soal pencalonan jawatan presiden FAM.

Beliau sebelum itu ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Fiesta Kelantan 2014 dan pengenalan jersi AFC pasukan yang disempurnakan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di ruang legar Bangunan Mara, di sini, hari ini.

Annuar, yang merupakan bekas Timbalan Presiden FAM, berkata Sultan Ahmad Shah yang masih menyandang jawatan Presiden wajar memberikan laluan kepada individu lain yang berkebolehan bagi memastikan bola sepak negara dapat melangkah ke hadapan.

"Bagi saya, terlalu banyak sumbangan yang diberikan oleh baginda namun bola sepak ini terlalu 'demanding', Tuanku Presiden sendiri bersedia membuka laluan kepada calon-calon baharu.

"Baginda sudah lakukan apa yang termampu untuk bola sepak Malaysia tetapi kita tidak boleh bergantung kepada masa lepas," katanya.

Selain jawatan presiden, Kongres FAM pada 25 Mei ini turut mempertandingkan kesemua jawatan tertinggi serta 10 kerusi exco termasuk dua jawatan baharu untuk calon wanita bagi penggal 2014-2018.


-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...