Skip to main content

Usain Bolt, Ronaldo, Sebastian Vettel Dicalonkan Bagi Anugerah Dunia Sukan Laureus 2014


KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Jaguh pecut dunia Usain Bolt, pemain bola sepak penuh sensasi dari Portugal, Cristiano Ronaldo dan juara empat kali kejohanan Formula Satu, Sebastian Vettel ialah antara bintang sukan ternama dari seluruh dunia yang dicalonkan untuk Anugerah Dunia Sukan Laureus 2014.

Turut dicalonkan ialah pelari jarak jauh Britain, Mo Farah, pemain tenis nombor satu dunia Rafael Nadal dan pemain bola keranjang dari Amerika Syarikat Lebron James.

Pelari pecut Jamaica, Usain Bolt, mungkin akan meraikan pencapaian menyamai rekod kemenangan empat kali ahli sukan dunia Laureus selepas beliau memenangi semua tiga acara pecut pada Kejohanan Olahraga Dunia di Moscow.

Bersaing dengan beliau ialah bintang muda pemandu Formula Satu dari Jerman Sebastian Vettel, yang menjuarai gelaran dunia buat kali keempat berturut-turut dan pemain bola sepak Cristiano Ronaldo yang menjaringkan 69 gol bagi Real Madrid dan Portugal pada 2013.

Terdapat wajah-wajah lazim bagi pencalonan Atlet Wanita Terbaik Tahunan Dunia Sukan Laureus dengan perenang Missy Franklin, Shelly Ann Fraser Pryce dan Serena Williams dari Amerika Syarikat kesemuanya buat tahun kedua berturut-turut.

Missy Franklin memenangi enam pingat emas pada Kejohanan Renang Dunia, pelari pecut dari Jamaica Shelly Ann membolot tiga pingat emas dalam acara pecut pada Kejohanan Dunia di Moscow dan Serena, pemain tenis Amerika Syarikat yang menjuarai Terbuka Perancis dan Terbuka Amerika Syarikat.

Turut disenaraikan ialah peluncur ski sensasi Slovenia, Tina Maze, yang menjuarai gelaran Keseluruhan Piala Dunia, atlet lompat bergalah Rusia Yelena Isinbayeva dan Nadine Angerer selaku pemain wanita terbaik tahunan FIFA yang juga kapten pasukan bola sepak Jerman yang menjuarai Kejohanan Eropah.

Yelena Isinbayeva dan Rafael Nadal turut dicalonkan bagi Anugerah Kemunculan Semula Terbaik Tahunan Laureus. Calon lain ialah pemain golf Amerika Syarikat, Tiger Woods selaku pemain terbaik Jelajah PGA, Oracle Team dari Amerika dalam sukan perayu layar. Pemain bola keranjang Perancis Tony Parker dan Ronaldinho dari Brazil.

Turut hadir pada upacara pengumuman calon-calon Anugerah Sukan Dunia Laureus ke-15 ialah tiga ikon sukan dunia -- bekas pemain bola sepak dari Perancis Marcel Desailly, jurulatih terkenal Andre Villas-Boas dan bekas juara Grand Prix Motosikal Dunia Mick Doohan.

Pemenang anugerah itu akan diumumkan pada Upacara Penganugerahan di Kuala Lumpur pada 26 Mac yang akan disiarkan secara langsung ke seluruh dunia.

Senarai penuh calon bagi Anugerah Dunia Sukan Laureus 2014:



Atlet Lelaki Terbaik Tahunan Laureus:

Usain Bolt (Jamaica) Olahraga; Mo Farah (United Kingdom) olahraga; LeBron James (Amerika Syarikat) bola keranjang; Rafael Nadal (Sepanyol) tenis; Cristiano Ronaldo (Portugal) bola sepak; Sebastian Vettel (Jerman) Formula Satu.

Atlet Sukan Wanita Terbaik Tahunan Laureus:

Nadine Angerer (Jerman) bola sepak; Missy Franklin (Amerika Syarikat) renang; Shelly Ann Fraser Pryce (Jamaica) olahraga; Yelena Isinbayeva (Rusia) olahraga Serena Williams (Amerika Syarikat) tenis.



Pasukan Terbaik Tahunan Dunia Sukan Laureus:

All Blacks (New Zealand) Ragbi; Bayern Munich (Jerman) bola sepak; pasukan Bola Sepak lelaki Brazil; Bob & Mike Bryan (Amerika Syarikat) tenis; Miami Heat (Amerika Syarikat) bola keranjang; Red Bull (Austria) Formula Satu.

Pencapaian Terbaik Tahunan Dunia Sukan Laureus:

Pasukan Kriket Afghanistan; Marc Marquez (Sepanyol) sukan permotoran; Raphael Holzdeppe (Jerman) olahraga; Nairo Quitana (Colombia) lumba basikal; Justin Rose (United Kingdom) golf; Adam Scott (Australia) golf.



Kemunculan Semula Terbaik Tahunan Laureus:

Yelena Isibayeva (Rusia) olahraga; Rafael Nadal (Sepanyol) tenis; Pasukan Oracle (Amerika Syarikat) perahu layar; Ronaldinho (Brazil) bola sepak; Tiger Woods (Amerika Syarikat) golf.

Atlet Sukan Kurang Upaya Terbaik Tahunan Laureus:

Marie Bochet (Perancis) ski; Marcel Hug (Switzerland) lumba berkerusi roda; Tatyana McFadden (Amerika Syarikat) lumba berkerusi roda; Sophie Pascoe (New Zealand) renang; Sarah Louise Rung (Norway) renang; Olga Sviderska (Ukraine) renang



Aksi Terbaik Tahunan Dunia Sukan Laureus:

Jamie Bestwick (United Kingdom) BMX; Bob Burnquist (Brazil) papan luncur Mick Fanning (Australia) luncur air; John John Florence (Amerika Syarikat) luncur air; Maya Gabeira (Brazil) luncur air; Shaun White (Amerika Syarikat) luncur salji.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...