If anyone finds the Safee Sali who once scored for fun - please do let the FAM know #StillALegendThough
— Ian Griffiths (@IanGriffiths67) April 27, 2014
Cebu: “Saya kecewa.” Itu kata-kata yang diucapkan penyerang Harimau
Malaya Mohd Safee Sali atas kegagalannya menyempurnakan sepakan penalti
yang boleh menghadiahkan kemenangan dalam aksi menentang Filipina di
Pusat Sukan Cebu malam tadi.
Safee, 30, yang masuk menggantikan Mohd Nor Farhan Muhammad pada minit ke-88 memiliki peluang terbaik untuk menjadi wira dua minit kemudian namun sepakan penaltinya berjaya ditepis keluar penjaga gol tuan rumah Patrick Deyto.
Pasti ada yang mempersoalkan tindakannya mengambil sepakan itu kerana dilihat 'masih belum panas' dalam permainan namun Safee mengakui dia yakin mampu memberikan gol kemenangan ketika kedudukan terikat seri 0-0.
“Saya kecewa...ini terjadi dalam bola sepak, itu peluang terbaik (untuk menjaringkan gol).
“Tidak ada sesiapa yang mengarahkan saya untuk mengambil sepakan itu sebaliknya itu keputusan saya sendiri.
“Saya yakin dapat menyempurnakan sepakan itu tapi sebaliknya yang terjadi,” katanya yang ditemui Arena Metro selepas tamat perlawanan.
Keputusan itu menafikan hajat anak buah Datuk Ong Kim Swee menebus kehampaan pada pertemuan pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang yang berkesudahan seri tanpa jaringan.
Arena - Harian Metro

Comments
Post a Comment