Skip to main content

Bidaan Anjur Piala Dunia 2034 Di Kalangan Negara Asean Diputuskan Akhir Tahun Ini

SEREMBAN, 22 Jun (Bernama) -- Keputusan membida penganjuran Piala Dunia pada 2034 di kalangan negara Asean akan diputuskan pada mesyuarat Menteri Belia dan Sukan Asean, akhir tahun ini.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata beliau akan membangkitkan perkara itu dan Asean cuma perlu memberi sokongan.

"Kita akan membuat tawaran kepada negara Asean lain yang berminat untuk bersama dengan kita dalam penganjuran Piala Dunia itu. Negara Asean yang ingin menjadi tuan rumah bersama ini mesti yang berkemampuan sebab penganjuran Piala Dunia ini memerlukan perbelanjaan yang besar," katanya kepada pemberita selepas menutup Karnival Koperasi Zon Selantan 2014 anjuran bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Koperasi Persahabatan Seremban Bhd di sini, hari ini.

Katanya walaupun Asean terdiri daripada 10 buah negara, tetapi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) tidak membenarkan kesemua negara itu terlibat.

"Saya difahamkan Fifa hanya membenarkan tiga atau paling maksimum empat negara yang bersedia untuk menjadi tuan rumah bersama di kalangan negara Asean. Oleh itu, kita akan mencari tiga atau empat negara yang sanggup menjadi tuan rumah dan kita akan putuskan hujung tahun ini sama ada buat atau tidak (penganjuran Piala Dunia 2034).

"Negara yang hendak menjadi tuan rumah bersama ini juga mesti yang berkemampuan sebab penganjuran Piala Dunia ini menelan belanja yang tinggi. Jadi, kita kena lihat dari segi kemampuan negara Asean yang ingin menawarkan diri.

"Jadi, kalau ada persetujuan, perkara pertama yang kita akan buat ialah kita buat satu kajian kos. Kajian kos ini akan mengambil masa setahun dan selepas itu, kita akan bentangkan semula di kalangan negara Asean. Dari situ baharulah kita dapat lihat dari segi kemampuannya," katanya.

Khairy berharap Malaysia dapat melayakkan diri ke Piala Dunia pada masa depan memandangkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan kementerian beliau mempunyai perancangan pembangunan bola sepak negara yang tersusun.

"Kita akan cuba layakkan diri, masih ada masa lagi dan kita sudah memulakan program pembangunan kita. Bagaimanapun, adalah terlalu awal untuk kita membuat ramalan. Jadi, yang penting kita buat bidaan dan dalam masa yang sama kita sediakan pasukan kita," katanya.

Sementara itu, beliau mahukan lebih banyak koperasi belia ditubuhkan di negara ini bagi melahirkan lebih ramai usahawan dan ahli perniagaan di kalangan belia.

Katanya peluang perniagaan banyak disediakan kerajaan dan satu daripada cara untuk membabitkan diri dalam perniagaan ialah melalui koperasi.

"Saya berharap SKM dapat meningkatkan lagi penerangan dan mengadakan majlis dialog dengan golongan terbabit supaya mereka memahami fungsi koperasi sekali gus berminat menubuhkan koperasi," katanya.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...