Skip to main content

Pelantikan Dollah Salleh Jurulatih Harimau Malaya Sudah Memadai - Khairy


KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Prestasi sekarang sudah memadai buat skuad Harimau Malaya dibimbing oleh jurulatih tempatan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melantik Dollah Salleh sebagai ketua jurulatih kebangsaan yang bermula pada 28 Jun lepas bagi menggantikan Datuk K.Rajagobal yang tidak disambung kontraknya akhir tahun lalu.

Sebelum ini, FAM turut menyenaraikan dua jurulatih asing kelahiran Jerman, Gert Engels dan Wolfgang Sidka sebagai antara tiga calon akhir bagi jawatan itu yang kosong sejak 31 Dis lepas.

Khairy berkata beliau kurang bersetuju dengan cadangan FAM sebelum ini untuk menguna khidmat jurulatih luar negara kerana ia membabitkan perbelanjaan yang besar.

"Saya menaruh harapan yang tinggi kepada skuad kebangsaan selepas ini dan berharap Dollah dapat merangka persiapan baik bagi menghadapi beberapa cabaran selepas ini seperti Piala AFF Suzuki 2014 di Singapura dan Vietnam pada akhir tahun ini," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil pada Selasa.

Pengendali pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu diberi tempoh kontrak selama dua tahun untuk membimbing skuad kebangsaan.

Sementara itu, Khairy berkata walaupun skuad badminton negara gagal merangkul pingat emas pada cabaran Piala Thomas 2014 di New Delhi, India pada 25 Mei lalu, MSN tetap memberi ganjaran Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) kepada atlet dan pegawai kerana menduduki tempat kedua.

"Diharap dengan ganjaran tersebut dapat menyuntik semangat kepada atlet untuk terus berjuang pada dua cabaran besar iaitu Temasya Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland dijadualkan berlangsung pada 23 Julai hingga 3 Ogos dan Temasya Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan pada 19 September hingga 4 Oktober nanti," katanya.

Beliau berkata seharusnya mencontohi negara Jepun dalam perkara ini biarpun mereka bukanlah negara besar dalam sukan badminton namun mampu meraih gelaran juara Piala Thomas 2014 apabila menewaskan Malaysia 3-2.

Skuad Piala Thomas negara dibarisi Datuk Lee Chong Wei, Chong Wei Feng, Liew Darren, Goh Soon Huat, Tang Boon Heong, Hoo Thien How, Tan Wee Kiong, Goh V Shem, Lim Khim Wah dan Chan Peng Soon masing-masing menerima ganjaran RM8,000.

Jurulatih dan pegawai sokongan menerima ganjaran sebanyak RM16,000 di bawah Skim Galakan Jurulatih (SGAR), manakala Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerima RM8,000 di bawah Skim Kecemerlangan Pengurusan Sukan (SIKAP).

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...