Skip to main content

Nicol Melangkah Ke Suku Akhir Terbuka Hong Kong 2014


KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Pemain skuasy nombor satu dunia, Datuk Nicol David meneruskan pencapaian cemerlangnya selepas menempah tiket ke suku akhir Terbuka Hong Kong 2014.

Pada pusingan kedua yang berlangsung di Pusat Skuasy Hong Kong, hari ini, Nicol selaku juara bertahan diberi tentangan sengit oleh pemain England, Emma Beddoes sebelum menang 11-4, 11-6, 8-11 dan 11-7 dalam 46 minit.

"Saya berasa selesa dalam dua set pertama tetapi beliau beraksi dengan cukup baik pada set ketiga...beliau menemui rentak dan tidak melakukan sebarang kesilapan. Saya tahu bahawa saya perlu memperkemaskan permainan dan berjaya merapatkan kembali dalam set keempat," kata Nicol seperti dipetik dalam laman web kejohanan; www.hksquashopen.com.

Ratu skuasy negara yang berasal dari Pulau Pinang itu kini mengintai kejuaraan Terbuka Hong Kong bagi kali kesembilan.

Nicol, 31, dijangka berentap dengan pemain bukan pilihan, Joey Chan pada perlawanan suku akhir.

Chan sebelumnya membuat kejutan besar dengan menundukkan pilihan ketujuh, Omneya Abdel Kawy dari Mesir 11-8, 13-11 dan 11-7 dalam satu lagi perlawanan pusingan kedua.

Nicol mencipta rekod apabila menjuarai Terbuka Hong Kong sebanyak lapan kali -- 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.

Bagaimanapun, pemain nombor dua negara, Low Wee Wern menerima nasib yang berbeza apabila tewas mengejut kepada pemain bukan pilihan dari Mesir, Nour El Tayeb dalam perlawanan yang mengheret ke lima set; 8-11, 11-7, 3-11, 11-7 dan 5-11.

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...