Kuala
Lumpur: “Alet itu bukan penagih dadah.”
Demikian
tegas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menafikan atlet
dikaitkan positif ujian air kencing Sampel A pada Kejohanan Dunia 2014 di
Copenhagen, Ogos lalu seorang penagih.
Jelas
Khairy, persepsi itu sama sekali tidak benar kerana bahan yang diambil atlet
berkenaan bukanlah dadah yang benar-benar terlarang.
“Dalam
kes ini dia bukan penagih dadah, bukan hisap gam, bukan cucuk heroin dan juga
bukan ambil (pil) ecstasy.
“Ia
berkaitan dengan bahan dexamethasone,” katanya pada sidang media selepas
mempengerusikan Mesyuarat Post Mortem Sukan Asia, semalam.
Dexamethasone
sejenis steriod untuk rawatan perubatan dan kesan anti-radang yang biasanya
digunakan dalam rawatan pemulihan atlet.
Sebelum
ini, timbul laporan pemain utama negara Datuk Lee Chong Wei dikaitkan positif
ujian air kencing itu.
Insiden
itu didakwa berlaku ketika pemain berkenaan beraksi di Copenhagen, tetapi
keputusan Sampel A diketahui selepas Sukan Asia berakhir.
Arena - Harian Metro
Comments
Post a Comment