Kuala
Lumpur: Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) bertindak menggantung perejam
berpengalaman negara, Mohd Hanapiah Dollah selama enam bulan.
Keputusan
diputuskan baru-baru ini oleh mesyuarat exco PSM selepas pemain kelahiran
Terengganu itu mahu menarik diri daripada skuad negara.
“Ia
berkuat kuasa 10 Oktober lalu. Keputusan itu terpaksa diambil selepas dia mahu
meninggalkan skuad negara sekali gus dilihat bertentangan dengan perlembagaan
persatuan,” menurut sumber.
Sepanjang
tahun lalu dan awal tahun ini, Hanapiah dilabel perejam utama negara dalam
skuad kendalian Jamaluddin Hassan selepas kecederaan dialami Norshahrudin Mad
Ghani.
“Dia
memberi alasan mahu fokus kepada kerja. Bagaimanapun, dia berpeluang membuat
rayuan meringankan hukuman dan difahamkan surat rayuan sudah dihantar kepada
PSM, cuma badan induk berkenaan belum bermesyuarat,” katanya.
PSM
pimpinan Datuk Ahmad Ismail dilihat tegas terutamanya dalam mempersiapkan
pemain terbaik bagi menghadapi Sukan SEA 2017 di Malaysia dengan misi merampas
pingat emas yang sudah terlalu lama tidak dimenangi skuad negara, kali terakhir
edisi 2005 di Filipina.
Ketiadaan
Hanapiah bagaimanapun dilihat tidak memberikan kesan besar kerana mampu diisi
seorang lagi perejam negara, Mohd Khairul Zaman Akhbar yang beraksi cemerlang
pada Siri Super ISTAF 2014/24 di Myanmar awal bulan ini.
Oleh
Azlan Muhammad Zain - Arena, Harian Metro
Oleh Azlan Muhammad Zain
Comments
Post a Comment