Skip to main content

Tunku Abdul Jalil Menang Anugerah Pembangunan Presiden ISAF

JOHOR BAHARU, 24 Nov (Bernama) -- "Ha ha". Demikian ungkapan yang terkeluar dari mulut Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim setelah membaca mesej yang menyatakan beliau memenangi Anugerah Kemajuan Presiden Persekutuan Kapal Layar Antarabangsa (ISAF).

Bagaimanapun, apabila ayahanda beliau, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sendiri memaklumkan berita itu kepadanya, barulah beliau percaya ia bukan suatu gurauan.

"Pada mulanya saya sangka itu hanya gurauan kerana ia adalah anugerah eksklusif yang belum pernah diterima mana-mana warga Asia atau rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah Hospital di sini Isnin.

Awal Isnin, putera raja berusia 24 tahun itu menerima anugerah itu di Istana Bukit Serene daripada naib presiden ISAF Adrienne Greenwood, yang terbang dari New Zealand bersama pengarah eksekutif Alpari World Match Racing Tour James Pleasance.

Anugerah itu diberi sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan Tunku Abdul Jalil dalam memajukan sukan kapal layar di Malaysia.

Tunku Abdul Jalil memainkan peranan penting dalam membangunkan sukan itu, terutama melalui program Liga Layar Malaysia (LLM) dan program Belia Belayar pada 2013, yang memberi peluang kepada beribu-ribu orang dari seluruh negara belajar tentang pelayaran dan memperoleh pengalaman dalam sukan kapal layar.

Kedua-dua program itu mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan dan Persatuan Kapal Layar Malaysia (MYA).

LLM melibatkan lapan lokasi di seluruh negara iaitu Langkawi, Kedah; Lumut, Perak; Pulau Indah dan Pelabuhan Klang, Selangor; Putrajaya; Port Dickson, Negeri Sembilan; Pulau Duyong, Terengganu dan Danga Bay, Johor.

Belia Belayar pula dianjurkan khusus untuk belia dan diadakan seiring dengan LLM. Setakat ini, program berkenaan memperkenalkan 4,600 pelajar kepada sukan itu.

"Saya tidak mungkin dapat melakukannya tanpa pasukan saya. Merekalah yang bekerja keras bagi pihak saya apabila saya tidak sihat," kata Tunku Abdul Jalil, yang dirawat di hospital itu sejak akhir Mei kerana penyakit yang tidak dinyatakan.

Beliau adalah pengerusi syarikat kapal layar Innovatige Sdn Bhd, yang menganjurkan perlumbaan Piala Monsun, acara akhir Alpari Match Racing Tour.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...