Skip to main content

Nicol Rangkul Kejohanan Skuasy Wanita Dunia 2014 Kali Kelapan

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Ratu skuasy Malaysia, Datuk Nicol David melabuhkan tirai musim 2014 dengan bergaya selepas menjuarai Kejohanan Skuasy Wanita Dunia 2014 menewaskan peserta tuan rumah Mesir, Raneem El Weleily, semalam.

Ia merupakan kemenangan kelapan buat pemain skuasy wanita nombor satu dunia itu, menjulang gelaran mahkota dunia pada usia 30 tahun.

Kejohanan itu yang berlangsung di Wadi Degla Club di Kaherah, Mesir, menyaksikan Nicol terpaksa berhempas pulas selama 66 minit dalam pertarungan yang berlarutan sehingga lima set.

Anak kelahiran Pulau Pinang ini tewas kepada Raneem dalam set pertama 5-11, tetapi berjaya menyamakan kedudukan pada set berikutnya, 11-8.

Pada set ketiga, Nicol banyak melakukan kesilapan, membolehkan Raneem menundukkannya pada set ketiga, 7-11.

Set keempat adalah titik perubahan bagi Nicol selepas pemain nombor tiga dunia, Raneem berjaya mengawal permainan dan mengatasi Nicol pada kedudukan 10-6.

Nicol kembali tenang dan mengawal permainan dengan baik untuk menyamakan kedudukan apabila menewaskan Raneem 14-12 dan mara ke set penentuan.

Pada set kelima, Nicol terus mengutip mata mendahului lawan dan menamatkan perlawanan dengan selesa, 11-5.

"Saya menanam azam, saya mahu memenangi mata terakhir. Saya terus mengulanginya: ia belum berakhir sehingga ia berakhir.

"Raneem juga bermain dengan baik, saya hanya perlu mencari kekuatan dalam diri saya...saya tidak berputus asa dan terus berjuang," kata Nicol seperti yang dipetik dalam laman web www.squashsite.co.uk.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...