Skip to main content

MSN Akan Tentukan Ketua Jurulatih Skuad Hoki Negara - Khairy

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata Majlis Sukan Negara (MSN) telah diarah untuk menentukan ketua jurulatih skuad hoki kebangsaan yang baharu.

Khairy berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Setakat ini dua calon disebut-sebut bakal menggalas tanggungjawab itu, jurulatih tempatan Tai Beng Hai dan Niel Hawgood dari Australia.

Beliau berkata buat sementara waktu, jurulatih skuad hoki kebangsaan, Beng Hai akan mengendalikan pasukan negara manakala Hawgood dari Australia kekal menjadi konsultan kepada pasukan negara, katanya.

Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pertandingan seni mempertahankan diri campuran, "The Malaysian Invasion Mixed Martial Arts" (MIMMA) hari ini.

Hawgood telah bersama skuad hoki kebangsaan sebagai konsultan sejak kempen Liga Hoki Dunia pusingan kedua di Singapura pada Januari lepas.

"Buat masa ini beliau (Hawgood) kekal menjadi konsultan, saya minta KP MSN (Ahmad Shapawi) membuat penilaian sedikit tentang kedudukan jurulatih ini sama ada mahu mengekalkan Beng Hai atau Hawgood kekal menjadi konsultan," katanya.

Berkenaan jawatan Pengarah Teknikal Sukan Berprestasi Tinggi, Khairy berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan calon asing mungkin dipilih bagi mengisi jawatan itu.

"Kami banyak menerima permohonan daripada calon asing yang berkelayakan. Saya akan menemu duga mereka dalam tempoh dua minggu lagi untuk mencari calon yang tepat bagi jawatan tersebut," katanya.

Sementara itu pada majlis hari ini, Khairy dan Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo memperkenalkan pertandingan seni mempertahankan diri, MIMMA yang bertujuan untuk membangunkan seni mempertahankan diri campuran di Malaysia.

Pertandingan itu terbuka kepada rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas menerusi tujuh kategori iaitu flyweight, bantamweight, featherweight, lightweight, welterweight, middleweight dan heavyweight akan berlangsung di Johor Baharu pada 21 dan 22 Mac ini.

MIMMA menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM150,000 dan orang ramai boleh melayari laman web http://malaysianinvasion.com untuk maklumat lanjut.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...