Skip to main content

1 Mei tarikh keramat buat Chong Wei

PUTRAJAYA, 27 April (Bernama) -- Tanggal 1 Mei ini merupakan hari keramat bagi Datuk Lee Chong Wei kerana tarikh itu membawa pengertian bermakna dalam hidupnya sebagai suami dan pemain badminton profesional.

Tarikh itu merupakah hari beliau bebas daripada penggantungan lapan bulan atas kesalahan doping dan juga ulang tahun hari kelahiran ke-32 isterinya Datin Wong Mew Choo.

Mew Choo, yang sedang mengandung cahaya mata kedua bakal menyambut ulang tahun hari kelahirannya itu pada tarikh yang sama penggantungan Chong Wei tamat.

Pasangan yang mula berumahtangga pada 9 Nov 2012, dikurniakan seorang anak lelaki, Kingston Lee, pada 12 April 2013.

"Beliau (Mew Choo) memang stres, tapi banyak benda saya tidak cakap dengannya, hari ini bila saya dapat tahu keputusan, saya terus beritahu berita gembira ini kepadanya.

"Enam bulan ini bagaikan dua tahun yang terpaksa saya lalui. Saya berharap Institut Sukan Negara (ISN) akan mengambil lebih berat menjaga atlet kita selepas ini," katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan kes dopingnya oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, di pejabatnya, di sini, hari ini.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengenakan hukuman penggantungan selama lapan bulan berkuat kuasa 30 Ogos tahun lepas yang akan berakhir pada tengah malam 30 April ini atas kesalahan menggunakan bahan terlarang jenis dexamethasone.

Pemain itu dikesan menggunakan bahan itu ketika ujian doping dilakukan ke atasnya pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lepas.

Chong Wei berkata beliau akan membuat penampilan pertama di Piala Sudirman di Dongguan, China dari 10 hingga 17 Mei ini, sebelum menggunakan temasya Sukan SEA Singapura pada Jun ini sebagai platform mendapatkan kembali rentak permainannya.

"Saya akan rehat untuk tiga hari ini. Saya berharap dapat memenangi emas pertama pada Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil tahun depan dan juga Kejohanan Dunia di Jakarta Ogos ini dengan bantuan jurulatih Hendrawan," katanya.

Menurut laporan panel pendengaran doping BWF, Chong Wei tidak mengambil bahan larangan tersebut dengan sengaja, tetapi ia dikhuatiri terkandung dalam supplemen tradisional yang diambil oleh Chong Wei.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pembekal kapsul supplemen itu, Chong Wei berkata: "Sekarang saya tak boleh komen isu ini kerana baru sahaja mendapat keputusan hari ini...tak boleh fikir macam mana dulu."

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...