Skip to main content

Atlit olahraga elit buat perhitungan di Temerloh

SELEPAS dua pembatalan kejohanan - Terbuka Filipina dan latihan serta pertandingan di Mannheim, Jerman - atlit olahraga elit dan pelapis kebangsaan berpeluang memperagakan keupayaan pada Terbuka Pahang ke-43 selama dua hari, bermula Sabtu ini di Temerloh.

Antara barisan atlit elit yang bakal berhimpun, termasuk Robbani Hassan dan Muhd Faiz Muhammad (110 meter berpagar), Mohd Zafril Zuslaini (400m), M Vadivellan (800 dan 1,500m), S Narendran (200m) serta barisan pelari pecut Abdul Latif Nyat, Zabadi Ghazali dan Zabidi Ahmad.

Barisan atlit wanita dibarisi jaguh baling tukul besi, Siti Shahidah Abdullah dan Yap Jeng Tzen. Bagaimanapun kelibat jaguh lompat bergalah, Roslinda Samsu tidak ada dalam senarai, begitu juga dengan pakar lompat tinggi lelaki, Lee Hup Wei.

"Lebih 400 atlit lelaki dan wanita daripada seluruh persatuan negeri, ahli gabungan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dan kelab akan mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini," kata Setiausaha Persatuan Olahraga Amatur Pahang (POAP), R Anamalai.

"Kami menjangkakan atlit elit dan pelapis akan mengambil bahagian dan selepas kejohanan Terbuka Filipina dibatalkan serta rancangan latihan dan pertandingan di Jerman turut ditangguhkan, kejohanan ini peluang terbaik kepada atlit untuk menguji keupayaan mereka.

"Tahun ini ada beberapa pertandingan penting seperti kejohanan dunia di Berlin, ATF (Kejohanan Olahraga Asia) di Guangzhou serta Sukan Sea di Laos dan atlit berpeluang untuk cuba melayakkan diri dalam ketiga-tiga temasya ini.

"Sekalipun pertandingan luar negara berkurangan tetapi kejohanan dalam negeri boleh dijadikan pengganti dan saya berharap semua atlit yang bertanding akan memberikan persembahan terbaik mereka dan tidak memberikan sebarang alasan ketiadaan pencabar berwibawa menyebabkan mereka gagal untuk menampilkan aksi cemerlang," katanya.

BERITA HARIAN

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Harga Tiket Piala Thomas Tidak Mahal - Shabery

PUTRAJAYA, 21 April (Bernama) -- Rakyat Malaysia tidak harus memikirkan bahawa harga tiket bagi menyaksikan kejohanan Piala Thomas bulan depan sebagai mahal, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata mereka seharusnya berfikiran bahawa pembelian tiket bagi menyaksikan kejohanan itu sebagai menghargai pengorbanan pemain negara serta peluang menyaksikan kejohanan berprestij, yang kali terakhir diadakan di Malaysia pada 1992, bukanlah sesuatu yang biasa. "Tak mahal sangat kalau kita fikirkan daripada segi sumbangan atlet itu. Mereka (atlet) setiap hari berlatih antara enam hingga lapan jam untuk menaikkan nama negara... kena jaga makan, tidur dan gaya hidup. "Atlet ini perlu dibiayai di samping penganjuran Piala Thomas itu besar. Kita tak suruh rakyat Malaysia berlatih sampai enam jam, jaga makan atau tidur. Cuma kita minta mereka beli tiket," katanya kepada pemberita selepas majlis pra-pelancaran Larian Antarabangsa Ekiden Malaysia 201...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...