Skip to main content

Pandelela, Mun Yee lakar sejarah

SKUAD terjun negara berpeluang cerah menyaingi atlet China yang sebelum ini mendominasi dengan perbezaan yang begitu ketara menerusi Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee.
Setiausaha Kehormat Persatuan Renang Amatur Malaysia (Asum), Edwin Chong berkata, bukannya medabik dada tetapi kilauan pingat diidamkan di Siri Kejohanan Terjun Dunia Fina sejak sekian lama kini berada dalam genggaman.

Kelmarin, Pandelela sekali lagi melakar sejarah sebagai atlet pertama negara meraih pingat perak bersama rakan segandingan Mun Yee untuk acara 10 meter platform seirama di siri kedua kejohanan itu, di Beijing.
Kejayaan ini menandakan pingat kedua diraih Pandelela dalam siri kejohanan itu, yang mana, minggu lalu atlet berusia 18 tahun itu turut meraih pingat perak pertama acara 10 meter platform individu di Moscow.

“Mereka berdua mempamerkan aksi cemerlang. Dengan kejayaan ini, tidak mustahil untuk kita mengejar China yang sekian lama mendominasi acara ini.

“Tidak dinafikan tembok besar China begitu ampuh untuk dirobohkan tetapi dengan perbezaan yang begitu dekat, kita boleh mengejar mereka sekali gus layak ke Olimpik buat pertama kali.

“Khususnya Pandelela, dia mempunyai semangat juang yang tinggi dan sentiasa melakukan yang terbaik. Penerjun berbangsa Bidayuh itu mempunyai masa yang cukup untuk memperbaiki prestasinya bagi berdepan siri kejohanan ketiga dan terakhir nanti,” katanya yang dihubungi di Beijing.

Pandelela awalnya kecundang di tempat keempat 10 meter platform pada hari pertama di Beijing, dengan hanya ketinggalan tipis, 0.45 mata di belakang pemegang pingat gangsa yang dimiliki penerjun Australia, Alexandra Croak.
Hari kedua, melihat kebangkitannya bersama Mun Yee dengan mencatat 338.46 mata keseluruhan menundukkan Alexandra dengan rakan gandingannya Melissa Wu yang meraih 331.50 sekali gus akur merangkul pingat gangsa.

Pingat emas masih lagi digenggam juara Olimpik, dari China, Chen Ruolin bersama rakan gandingan Wang Hao dengan catatan 365.52 mata keseluruhan.

Sementara itu, Pandelela dan Mun Yee kini pulang menjalani latihan bagi menghadapi siri ketiga dan akhir kejohanan di England, 15-16 April ini dan Mexico, 22-23 April.



Oleh Wan Noriza Meor Idris
wannoriza@nstp.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...