Skip to main content

Belanjawan 2013 Suntik Semangat Atlet Buru Pingat Emas Olimpik 2016 - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Peruntukan RM50 juta bagi persediaan menghadapi Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janiero, Brazil, menyuntik semangat atlet untuk memburu pingat emas pertama negara pada temasya sukan itu, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata Belanjawan 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat adalah di luar jangkaan dan antara peruntukan terbanyak yang pernah diperolehi.

"Ini adalah peruntukan terbanyak yang kita perolehi bagi persiapan menghadapi Sukan Olimpik 2016. Ternyata ia menunjukkan betapa serius Perdana Menteri kita kepada sukan negara.

"Beliau (Perdana Menteri) faham sukan bukan sekadar pingat semata-mata tetapi ia berkaitan dengan soal melonjakkan imej, moral, menyatupadukan rakyat dan memberikan inspirasi kepada generasi muda untuk terlibat dalam sukan," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen.

Di bawah program 'Road to London' sebanyak RM20 juta diperuntukkan namun Malaysia hanya memperoleh satu pingat perak menerusi Datuk Lee Chong Wei dari acara badminton dan satu pingat gangsa melalui Pandelela Rinong dalam acara terjun 10m platform.

Mengulas peruntukan RM80 juta yang diberikan untuk pembinaan velodrom tertutup di Seremban, Negeri Sembilan dan akademi badminton di Bukit Kiara di sini, Ahmad Shabery berkata ia adalah hasil kejayaan atlet di temasya Sukan Olimpik London, Ogos lepas.

"Hasil dan kejayaan atlet Olimpik baru-baru ini telah mendorong kepada pembinaan sebuah velodrom yang baru, ini juga telah meletakkan Malaysia berada di atas sekali di peringkat rantau Asia Tenggara dalam sukan berbasikal trek.

Sebanyak RM15 juta juga diperuntukan bagi mempersiapkan atlet negara ke kejohanan sukan antarabangsa termasuk Sukan SEA 2013 di Myanmar, Sukan Para Asean 2013 (Myanmar), Sukan Komanwel 2014 di Glassgow, Scotland and Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan.

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...