Skip to main content

Kingston Lee Bawa Tuah Kepada Saya - Chong Wei

PETALING JAYA, 17 April (Bernama) -- Anugerah Olahragawan Kebangsaan yang digondolnya buat kali keempat Selasa malam merupakan tuah hasil kehadiran cahaya mata sulungnya, Kingston Lee, kata pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei.

Beliau berkata kehadiran Kingston Lee yang dilahirkan pada 12 April lepas juga memberikannya semangat untuk terus bergiat aktifdan berjaya dalam setiap perlawanan yang disertainya.

"Tuah betul-betul menyebelahi saya ketika ini. Sebaik saja mendapat cahaya mata, saya dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan," katanya kepada pemberita pada majlis Anugerah Sukan Negara 2012 di Petaling Jaya.

Pemain nombor satu dunia ini berharap kehadiran Kingston Lee akan memberikan tuah kepadanya untuk menjuarai kejohanan Badminton Dunia pula.

"Memang menjadi mimpi dan keinginan saya untuk mara ke peringkat final kejohanan Badminton Dunia tahun ini. Saya harap tuah kehadiran anak saya akan terus menyebelahi saya lagi," katanya.

Kejayaan terbesarnya sehingga layak menerima anugerah tersebut ialah merangkul pingat perak pada temasya Olimpik 2012.

Tahun lalu beliau juga menggondol anugerah yang sama juga pada tahun 2005 dan 2008.

Chong Wei berharap dapat menunjukkan mutu persembahan yang lebih baik tahun ini agar terus menjadi Olahragawan Kebangsaan, menyaingi pencapaian empat kali Rashid Sidek, yang kini menjadi ketua jurulatih kebangsaan.

Sementara itu, ratu terjun negara Pandelela Rinong pula dinobat sebagai Olahragawati Kebangsaan 2012, yang juga dimenanginya tahun lalu.

Beliau meraih pingat gangsa dalam Sukan Olimpik 2012.

--BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Harga Tiket Piala Thomas Tidak Mahal - Shabery

PUTRAJAYA, 21 April (Bernama) -- Rakyat Malaysia tidak harus memikirkan bahawa harga tiket bagi menyaksikan kejohanan Piala Thomas bulan depan sebagai mahal, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata mereka seharusnya berfikiran bahawa pembelian tiket bagi menyaksikan kejohanan itu sebagai menghargai pengorbanan pemain negara serta peluang menyaksikan kejohanan berprestij, yang kali terakhir diadakan di Malaysia pada 1992, bukanlah sesuatu yang biasa. "Tak mahal sangat kalau kita fikirkan daripada segi sumbangan atlet itu. Mereka (atlet) setiap hari berlatih antara enam hingga lapan jam untuk menaikkan nama negara... kena jaga makan, tidur dan gaya hidup. "Atlet ini perlu dibiayai di samping penganjuran Piala Thomas itu besar. Kita tak suruh rakyat Malaysia berlatih sampai enam jam, jaga makan atau tidur. Cuma kita minta mereka beli tiket," katanya kepada pemberita selepas majlis pra-pelancaran Larian Antarabangsa Ekiden Malaysia 201...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...