Skip to main content

DBKL Wajar Ganti Jika Velodrom Kuala Lumpur Dirobohkan - PKBM

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu membina sekurang-kurangnya velodrom latihan jika benar dakwaan bahawa Velodrom Kuala Lumpur, Cheras akan dirobohkan hujung tahun ini.

Timbalan Presiden PKBM Datuk Naim Mohamad berkata ini bagi membolehkan acara berbasikal trek terus diadakan di ibu negara.

"Jika benar dakwaan itu, saya minta pihak DBKL menggantikannya dengan velodrom baharu, tidak semestinya velodrom kategori satu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Menyentuh velodrom gantian itu, Naim merujuk kepada Velodrom Rawamangun di Jakarta yang menurutnya tidak melibatkan kos yang tinggi selain dapat disiapkan dalam tempoh singkat.

Terletak di Jakarta Timur, velodrom terbuka konkrit itu digunakan sebagai venue acara berbasikal trek pada temasya Sukan SEA 2011.

Laporan sebuah akhbar yang memetik sumber hari ini berkata Velodrom Kuala Lumpur yang pernah menjadi venue Sukan Komanwel 1998, mungkin dirobohkan pada Disember untuk memberi laluan kepada projek komersil.

Dalam perkembangan lain, Naim berkata pelumba-pelumba negara telah selamat tiba di Manchester untuk menyertai Piala Dunia Berbasikal Trek Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dari 1 hingga 3 Nov.

"Namun, saya tidak tahu sama ada sesi latihan mereka di sana terjejas akibat ribut St Jude atau sebaliknya," katanya sambil memberitahu beliau belum mendapat maklumat lanjut daripada ketua jurulatih berbasikal, John Beasley.

Acara berbasikal itu akan berlangsung di Velodrom Tertutup, Pusat Berbasikal Kebangsaan Manchester.

Barisan pelumba negara berkenaan ialah Josiah Ng, Mohd Azizulhasni Awang, Idrus Md Yunus dan Muhammad Firdaus Shahrom Mohd Zonis serta dua pelumba wanita, Fatehah Mustapa dan Ju Pha Som Net.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Wildcard gymnast Wan Yin makes it to the all-around final

PETALING JAYA: Rhythmic gymnast Lee Wan Nin, who made it through the back door for the Youth Olympic Games, served a pleasant surprise for Malaysia by qualifying for the individual all-around final in Singapore yesterday. The 15-year-old wildcard entry was placed fifth in the qualification rounds, chalking up scores of 23.800 (rope), 24.075 (hoop), 24.100 (ball) and 24.425 (clubs) for a total of 96.400 to make the top-12 final. German Marggrander Berezko and Bulgarian Kisse Anastaslya are tied in third spot on 97.825. Russian Alexandra Merkulova topped the qualification on 103.425 ahead of Arina Charopa of Belarus (102.225). There is also the group all-around competition but Malaysia are not represented. In diving, Ooi Tze Liang justified his inclusion in the Commonwealth Games and Asiad squad by qualifying for a second final. Tze Liang, who was placed seventh in the final of the boys’ 3m springboard last Sunday, finished sixth in the preliminary rounds of he boys’ 10m

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for

Khairy Pertikai Keputusan FAM Beri Hak Tuan Rumah Kepada Pahang

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mempertikaikan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi hak tuan rumah kepada Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) bagi perlawanan tertunda separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok. Ini kerana, katanya persatuan itu telah gagal menjamin keselamatan pada perlawanan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur, Selasa lepas. "Kutipan hasil yang patut diberikan kepada Pahang sebagai tuan rumah tak boleh lebih daripada kapasiti Stadium Darul Makmur iaitu 10,000 sedangkan kapasiti di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah lebih besar iaitu 80,000. "Pahang tidak layak mendapat hasil kutipan jualan tiket lebih dari 10,000 kerana mereka telah dikenakan tindakan denda tapi FAM bagi keuntungan lebih kepada PBNP. Ini tidak masuk akal," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melaku