Gold Medal for Malaysia!!! MEN'S SPRINT RT @Pelapis ACC 2014: Tahniah azizul pic.twitter.com/NXoCcqPirJ — Azizulhasni Awang (@AzizulAWANG) May 25, 2014 Sepang: Program latihan baru nyata membuahkan hasil buat pelumba trek negara, Azizulhasni Awang yang kembali pada tahap terbaik selepas menjuarai acara pecut individu di Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) di Astana, Kazakhstan baru-baru ini. Menurut pelumba Olimpik negara itu, ketua jurulatih John Beasley menyediakan program latihan berlainan berbanding pelumba negara yang lain di Australia kerana saiz fizikalnya dan mempunyai masa yang terhad kerana terikat dengan pengajian. Malah pelumba kelahiran Terengganu itu terlepas Kejohanan Grand Prix Asia Tenggara di Kuala Lumpur awal bulan ini, aksi pemanas badan sebelum ke ACC kerana persediaan menghadapi peperiksaan. “Saya bersyukur kerana prestasi meningkat, saya bekerja keras sejak awal musim ini dan nampaknya program baru ini membuahkan hasil dengan Beasl...