KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyangkal sekeras-kerasnya laporan beberapa akhbar bahawa mereka bersikap 'berat sebelah' dalam pengagihan jumlah tiket perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok. FAM dalam satu kenyataan Jumaat berkata perkara teknikal melibatkan venue perlawanan dan jumlah penjualan tiket telah diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pertandingan Tempatan ke-34 di Wisma FAM, Kelana Jaya, Rabu lepas, yang turut dihadiri wakil kedua-dua pasukan itu. "Sebagai pasukan tuan rumah (PTR), Pahang mempunyai hak ke atas semua aspek pengelolaan perlawanan termasuklah memperuntukkan tiket kepada pasukan Johor DT sebagai Pasukan Pelawat (PL). "Peruntukan 60,000 tiket untuk Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) dan 20,000 tiket yang boleh dibeli oleh (penyokong) Johor DT di Stadium Nasional, Bukit Jalil adalah ...