KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Kemelut yang timbul antara Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan ketua jurulatih berbasikal trek negara John Beasley akhirnya mencapai penyelesaian, selepas enam jam perbincangan berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN) pada Khamis. Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata segala kemelut yang timbul khususnya ketika penyertaan skuad trek negara ke Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Korat, Thailand baru-baru ini serta isu hutang berjumlah RM21,000 adalah disebabkan masalah komunikasi. "Setelah kita berbincang, sebenarnya barulah masing-masing tahu akan kedudukan masing-masing. Duit, hutang dan sebagainya itu adalah masalah komunikasi semata-mata. "Sepatutnya perkara itu tidak perlu digembar-gemburkan. Kalau komunikasi dapat dipertingkatkan tidak ada lagi salah sangka dan salah faham antara satu sama lain pada masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesy...