LEGENDA renang dunia, Mark Andrew Spitz percaya kejayaan meraih sembilan pingat emas pada Sukan Olimpik dan memecahkan rekod dunia adalah hasil daripada kepercayaan terhadap kemampuan sendiri. Menurut juara dunia yang terkenal dengan imej bermisai pada era 1970an itu, percaya kepada kemampuan sendiri dan keluar daripada zon selesa merupakan prinsip terbaik yang perlu di tanam dalam minda setiap perenang sekiranya mereka mengidam kemenangan podium. "Pada zaman kegemilangan saya, ada pemberita dari Rusia yang mempertikaikan misai yang saya ada. Mereka percaya, misai tersebut akan membuatkan renangan saya menjadi perlahan dan akhirnya kalah. "Tetapi saya katakan kepada mereka, dengan misai inilah saya mendapat kelebihan dan apa yang berlaku, tahun berikutnya iaitu 1972, boleh dikatakan semua perenang Rusia menyimpan misai dan tahun itu juga saya meraih sembilan emas di Sukan Olimpik Munich, Jerman. "Jadi, ia menunjukkan betapa pentingnya elemen perc...