BERSIKAP berkecuali. Itu pendirian Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang mengamalkan dasar 'atas pagar' berhubung hasrat Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim mempertahankan jawatan bulan depan. Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi ( gambar ) berkata, pihaknya tidak berhak menyatakan pendirian berhubung perkara itu kerana tidak mahu mencampuri urusan mana-mana persatuan. Menurut beliau, sebagai sebuah persatuan yang mengamalkan sikap demokrasi, terpulang kepada mana-mana persatuan termasuk KOM memilih presiden bagi menerajui pucuk pimpinan masing-masing. "Terpulang kepada pengundi (dalam KOM), jika mereka rasa beliau (Shahidan) berhak mempertahankan jawatan, terpulanglah kerana MOM sentiasa menyokong penuh mana-mana individu yang dilantik," jelas Kok Chi kepada Kosmo! kelmarin. Terdahulu, Shahidan yang secara terbuka mengakui bersedia sekiranya ada mana-mana individu berhasrat mencabar jawat...